Perutusan Pengurus Besar

 

 

 

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, laman sesawang Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) telah pun siap dibangunkan dengan versi yang terbaru berdasarkan maklumat terkini selaras dengan matlamat Kerajaan Negeri Melaka menuju ke arah Melaka Maju Fasa II.

Untuk itu, saya selaku Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang memberi kerjasama padu dalam membangunkan laman sesawang ini. Keterlibatan dan iltizam semua sebagai satu pasukan untuk merealisasikan hasrat murni ini amatlah di sanjung tinggi.

Dalam era teknologi yang serba canggih ini dan zaman maklumat di hujung jari, pencarian dan penyampaian maklumat secara cepat dan tepat adalah penting. Ianya bakal menjimatkan masa dan meningkatkan kecekapan semua pihak di samping memberikan kemudahan untuk mengkases maklumat pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Akhir kata, saya mengharapkan laman sesawang ini akan menjadi titik tolak ke arah mengautomasikan sistem penyampaian di Pentadbiran ini. Sekaligus diharapkan laman sesawang ini akan memudahkan dan mempercepatkan penyampaian maklumat terkini kepada semua pihak yang berurusan dengan pihak CMI. Semoga kita semua akan mendapat faedah yang maksimum dari kewujudan laman sesawang ini.  

"TIDAK SEMPURNA MELAWAT MELAKA, JIKA TIDAK MENYUSURI SUNGAI MELAKA."
"MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG FASA KE II."
"MELAKA 752 TAHUN."

 

(AB RAHMAN BIN ISMAIL)
Pengurus Besar

Perbadanan Ketua Menteri Melaka

 

 

 


 

 

 

Pengerusi

Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Alhamdulillah... seterusnya

Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron
Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron
Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron
 

Pengurus Besar

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat Datang ke laman web rasmi CMI Salam Sejahtera... seterusnya

Statistik Pelawat

000455418
Hari Ini
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
119
595
5443
11375
455418