Latar Belakang

 

Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) ditubuhkan di bawah Enakmen Ketua Menteri Melaka (Pemerbadanan) 1993 pada 1 Jun 2002. Sejarah awal penubuhannya bertujuan untuk membantu Anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri dan Anak-anak Syarikat Agensi Kerajaan Negeri Melaka dengan memberikan bantuan dari segi pengurusan dan khidmat nasihat berkaitan kewangan.

Pada 1 September 2005, fungsi Ketua Menteri Melaka (Pemerbadanan) telah ditambahbaik dengan memasukkan aktiviti pengurusan harta Ketua Menteri Melaka (Pemerbadanan) sebagai sebahagian daripada fungsi utama. Melihatkan pertambahan fungsi utama CMI, maka pada tanggal 1 Januari 2008, tertubuhlah Kumpulan Wang Amanah CMI di bawah Sub Seksyen 10 (2), Akta Acara Kewangan 1957. Antara lain, ianya berfungsi untuk menerima segala terimaan daripada jualan harta dan tanah milik CMI serta lain-lain terimaan dan hasil tersebut digunakan untuk perbelanjaan pengurusan pentadbiran CMI, kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan harta CMI serta bayaran modal bagi penubuhan anak syarikat CMI.

CMI juga bertanggungjawab untuk mengurus dan memastikan pangkalan data harta-harta Perbadanan Ketua Menteri Melaka dalam bentuk tanah dan bangunan sentiasa berada dalam keadaan teratur dan diselenggara secara berkala bagi memastikan ianya sentiasa berada dalam keadaan baik dan sempurna. Selain itu, kutipan hasil daripada sewaan dan jualan hartanah juga turut dijalankan dan ianya akan disalurkan kepada Kerajaan Negeri dalam bentuk bayaran cukai tanah. 

CMI juga menjalankan beberapa aktiviti lain seperti pemantauan dari segi kerja-kerja pembersihan, khidmat perundingan kewangan dan pengurusan, mengadakan perkongsian secara pintar serta menyediakan peluang untuk memiliki saham dalam mana-mana syarikat persendirian atau awam kepada agensi dan anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka. 

 

Pengerusi

Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Alhamdulillah... seterusnya

Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron
Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron
Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron
 

Pengurus Besar

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat Datang ke laman web rasmi CMI Salam Sejahtera... seterusnya

Statistik Pelawat

000486452
Hari Ini
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
32
2217
7157
17014
486452