Perutusan YAB Ketua Menteri Melaka

 


 

 

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan innayah-Nya, Perbadanan Ketua Menteri Melaka atau singkatannya CMI berjaya menghasilkan laman sesawang rasminya yang penuh dengan informasi terkini mengenai pembangunan dan perkembangan Melaka.

Penerbitan laman sesawang ini bertepatan dengan visi dan misi Kerajaan Negeri Melaka dan selari dengan perkembangan teknologi semasa. la juga dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelayar media sosial walau di mana mereka berada.

Perbadanan Ketua Menteri Melaka sentiasa memperbaiki setiap perkhidmatan yang disediakan agar dapat memenuhi keperluan masyarakat keseluruhannya. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada seluruh warga CMI atas pencapaian yang baik ini dan usaha tidak kenal jemu membangun dan mengemaskini laman sesawang ini.

Selaku Pengerusi Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI), saya ingin mengucapkan "Selamat Datang Ke Portal Rasmi Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI)". Semoga maklumat yang disediakan menepati kehendak dan keperluan para pelayar maklumat yang saya hargai. Selamat Maju Jaya.

"TIDAK SEMPURNA MELAWAT MELAKA, JIKA TIDAK MENYUSURI SUNGAI MELAKA."
"MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG FASA KE II."
"MELAKA 752 TAHUN."

  

(DATUK SERI (DR) IR. HAJI IDRIS BIN HAJI HARON) 
Ketua Menteri Melaka

  

 

Pengerusi

Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Alhamdulillah... seterusnya

Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron
Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron
Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron
 

Pengurus Besar

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat Datang ke laman web rasmi CMI Salam Sejahtera... seterusnya

Statistik Pelawat

000430298
Hari Ini
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
453
5358
10154
15909
430298