Majlis Penyerahan Hak Ekslusif Pengiklanan

 

 

Berkuatkuasa 15 Januari 2020, Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) telah mengambil alih Pengurusan Hak Eksklusif Pengiklanan Seluruh Negeri Melaka yang sebelum ini diuruskan Melaka Kini Sdn Bhd (MKSB). Majlis Penyerahan tugas bagi kerja-kerja pengambilalihan pengurusan hak eksklusif pengiklanan papan iklan luar di seluruh Negeri Melaka telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi MKSB, Adeysham Nor kepada Pengurus Besar CMI, Jamzuri Ardani. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bertarikh 8 Januari 2020 telah memutuskan bahawa Pengurusan Hak Eksklusif Pengiklanan Seluruh Negeri Melaka yang diberikan kepada MKSB sebelum ini dibatalkan dan diserahkan kepada CMI berkuatkuasa 15 Januari 2020.

 

X

Right Click

No right click