Aktiviti CMI

SAMBUTAN HARI LAHIR KAKITANGAN CMI

JULAI HINGGA DISEMBER 2022

Sambutan HariLahir JulaiDisember 

 

Jumaat, 23 Disember 2022

Pejabat CMI, Ayer Keroh Melaka.

Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) telah mengadakan majlis sambutan bagi meraikan kakitangan yang menyambut hari lahr pada bulan julai hingga disember 2022.
 

 

 ***************************************************************************************************************************

Berita Berkaitan


 

2023

16 Januari  2023


:

 Amanat CM 2023

 TEMPAT: Audotarium, Seri Negeri, Ayer Keroh Melaka.

 Isnin, 16 Januari 2023 -

Majlis Amanat Tahun Baru 2023 & Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka
Tarikh : 16 Januari 2023
Tempat : Auditorium Seri Negeri, Kompleks Seri Negeri Ayer Keroh.
 

13 Januari 2023


:

 GotongRoyongPerdananEKSA 2023

 TEMPAT: Pejabat Perbadanan Ketua Menteri Melaka.

  Jumaat , 13 Januari 2023 -

Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) bersama melaksanakan aktiviti gotong royong perdana di pejabat Perbadanan Ketua Menteri Melaka, Ayer Keroh Melaka. Pogram ini dilaksanakan sebagai persediaan menghadapi Audit EKSA pada 26 Januari 2023.

***************************************************************************************************************************

 

2022

23 Disember 2022


:

 Sambutan HariLahir JulaiDisember

 TEMPAT: Bilik Mesyuarat CMI, Seri Negeri, Ayer Keroh Melaka.

 Jumaat, 23 Disember 2022 -

Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) telah mengadakan majlis sambutan bagi meraikan kakitangan yang menyambut hari lahr pada bulan julai hingga disember 2022.

 

19 September 2022


:

 K.H KPPK ke CMI

 TEMPAT: Pejabat Perbadanan Ketua Menteri Melaka, Ayer Keroh Melaka.

 Isnin, 19 September 2022 -

Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) telah menerima kunjung hormat daripada Encik Muhamad Shazlee bin Muhamad Nazlee, Setiausaha Politik kepada YB Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi bersama wakil delegasi beliau di Pejabat Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI), Ayer Keroh Melaka.

CMI bersama delegasi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) juga telah mengadakan lawatan ke ladang koko syarikat Ting Agro Enterprise di Durian Tunggal bagi melihat kaedah pemeraman dan pengeringan biji koko sebelum di proses menjadi coklat.

 

#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia

#WawasanKemakmuranBersama2030

 

2 September 2022


:

 BoardKhasCMI 1 2022

 TEMPAT: Bilik Mesyuarat MMKN, Ayer Keroh Melaka.

 Jumaat,2 September 2022 -

Mesyuarat Khas Lembaga Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) Bil.1/2022 di Bilik Mesyuarat MMKN.
Mesyuarat Dipengerusikan oleh YAB Datuk Seri Utama Sulaiman Bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka. Hadir sama YB Datuk Wira Zaidi Bin Johari Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
 

#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia

#WawasanKemakmuranBersama2030

 

21 Julai 2022


:

 Perjumpaan Bersama Datuk Seri Ab Rauf s

 TEMPAT:Pejabat CMI, Ayer Keroh Melaka .

 Khamis, 21 Julai 2022 -

Perjumpaan bersama YB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Melaka; Datuk Mashitah binti Datuk Wira Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif PKNM; Encik Nazri bin Saring, Pegawai Pelaburan Negeri Melaka; En Jaibalan Harirajan, Pengarah MIDA Melaka dan Encik Masrul Faizal Mohamad, Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI)
 

#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia

#WawasanKemakmuranBersama2030

 

18 Julai 2022


:

 Perbincangan Bersama Tulangis Sdn Bhd s

 TEMPAT:Pejabat CMI, Ayer Keroh Melaka .

  Selasa , 18 Julai 2022 -

Sesi Pembentangan bagi cadangan usahasama dengan Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) daripada syarikat Tulangis Sdn Bhd. Sesi pembentangan disertai oleh Encik Masrul Faizal Bin Mohamad, Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menteri Melaka.
 

#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia

#WawasanKemakmuranBersama2030

 

23 Jun 2022


:

 Cadangan dan Kelulusan Program Celik Kewangan

 TEMPAT:Bilik Mesyuarat MMKN, Ayer Keroh Melaka .

  Selasa , 23 Jun 2022 -

Satu sesi Pembentangan Pembentangan Cadangan dan Kelulusan Program Celik Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Tanpa Tunai untuk Negeri Melaka oleh Syarikat ICT Commerce Sdn Bhd bersama Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI).
 
Pembentangan ini turut dihadiri oleh Y.A.B Datuk Seri Utama Sulaiman Bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka, YB Datuk Zaidi Bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Encik Badaruddin Mohd Kassim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Encik Mohd Yusof Bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif MWEZ dan Encik Masrul Faizal Bin Mohamad, Pengurus Besar CMI.
 

#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia

#WawasanKemakmuranBersama2030

 

21 Jun 2022


:

 GotongRoyongJKMM 2022

 TEMPAT: Pejabat Perbadanan Ketua Menteri Melaka, Ayer Keroh Melaka .

  Selasa , 21 Jun 2022 -

Sekitar sesi Gotong Royong Perdana JKMM yang dilaksanakan di Pejabat Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI). Aktiviti Gotong Royong ini dianjurkan oleh Jabatan Ketua Menteri Melaka dan dilaksanakan pada semua bahagia dan agensi di bawah JKMM bertujuan bagi menerapkan sistem EKSA pada kakitangan awam di negeri Melaka.
 

#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia

#WawasanKemakmuranBersama2030

 

15 Jun 2022


:

 Perjumpaan Bersama Exco Kanan Perindustrian

 TEMPAT: Seri Negeri, Ayer Keroh Melaka .

  Selasa , 15 Jun 2022 -

Sekitar sesi Perjumpaan YB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Exco Kanan Pelaburan Perindustrian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Melaka bersama Encik Masrul Faizal Bin Mohammad, Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) di Seri Negeri, Ayer Keroh bagi membincangkan hala tuju pembanggunan dan perniagaan yang akan dilaksanakan oleh CMI kelak.
 

#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia

#WawasanKemakmuranBersama2030

 

25 Mei 2022


:

 KH drpd ICM Industries

 TEMPAT: Pejabat Perbadanan Ketua Menteri Melaka, Ayer Keroh Melaka .

  Rabu , 25 Mei 2022 -

Perjumpaan dan Kunjung Hormat Daripada Datuk Wira Abdul Talib Bin Bachek ICM Industries Corporation Berhad kepada Encik Masrul Faizal Bin Mohamad, Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menteri Melaka. Perjumpaan tersebut bagi membincangkan tentang peluang perniagaan diantara CMI dan ICM Industries kelak.
 

#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia

#WawasanKemakmuranBersama2030

 

20 Mei 2022


:

 Jamuan Hari Raya

 TEMPAT: Pejabat Perbadanan Ketua Menteri Melaka , Melaka .

  Selasa , 20 Mei 2022 -

Sekitar sesi Pogram Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2022 & Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ahli Kelab Rekreasi & Kebajikan (KRKCMI) Januari hingga Jun.Pogram Penyerahan Sumbangan Ulang Tahun Kelahiran disampaikan oleh Encik Masrul Faizal Bin Mohamad, Pengurus Besar CMI selaku Penaung Kelab KRKCMI.

#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia

#WawasanKemakmuranBersama2030

#SalamSyawal

 

26 April 2022


:

 SumbanganHariRaya KRKCMi s

 TEMPAT: Pejabat Perbadanan Ketua Menteri Melaka , Melaka .

  Selasa , 26 April 2022 -

Pogram Penyerahan Sumbangan Hari Raya Adilfitri 2022 kepada ahli Kelab Rekreasi dan Kebajikan CMI anjuran Kelab KRKCMI. Semoga sumbangan ini dapat membantu ahli kelab dalam sambutan hari raya aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi. Penyampaian sumbangan diserahkan oleh Penaung Kelab Tuan Masrul Faizal Bin Mohamad.
 

#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia

#WawasanKemakmuranBersama2030

#SalamRamadan

 

25 April 2022


:

 Lawatan Ke Villa Istana

 TEMPAT: Melaka Tengah, Melaka .

  Isnin , 25 April 2022 -

Lawatan kerja Ke Villa Istana, Panggung Bangsawan dan Bangunan Inkubator oleh Tuan Masrul Faizal Bin Mohamad Pengurus Besar CMI. Lawatan kerja tersebut bertujuan bagi merangka hala tuju banggunan milik Perbadanan Ketua Menteri Melaka pada masa akan datang.
 

#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia

#WawasanKemakmuranBersama2030

#SalamRamadan

 

23 April 2022


:

 Iftra CMI 2022

 TEMPAT: Lacrista Hotel Melaka.

  Sabtu , 23 April 2022 -

Majlis Berbuka Puasa Perbadanan Ketua Menteri Melaka anjuran Kelab Rekreasi & Kebajikan CMI (KRKCMI) yang diadakan pada hari Sabtu 23 April 2021 di Hotel Lacrista Melaka.
 
Majlis Berbuka Puasa tahun 2022 telah dihadir oleh Tuan Masrul Faizal Bin Mohamad, Pengurus Besar Perbadanan Ketua Melaka (CMI) serta dihadiri bersama ahli keluarga kakitangan CMI.
 

#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia

#WawasanKemakmuranBersama2030

#SalamRamadan

 

21 April 2022


:

 Capture

 TEMPAT: Pejabat Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) .

  Khamis , 21 April 2022 -

Sekitar sesi Pogram Penyerahan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Daripada YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka kepada kakitangan Jabatan Ketua Menteri Melaka.
 
Pogram Penyerahan Sumbangan disampaikan oleh Encik Masrul Faizal Bin Mohamad, Pengurus Besar CMI selaku wakil daripada Ketua Menteri Melaka.
 
 
 

14 April 2022


:

 PogramAgihanBuburLambuk

 TEMPAT: Perkarangan Lobi Menara PKNM .

  Khamis , 14 April 2022 -

Pogram Agihan Bubur Lambuk sempena bulan Ramadan 1443H, anjuran Kelab Rekreasi dan Kebajikan CMI dengan kerjasama Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI)
Agihan diserahkan sendiri oleh Encik Masrul Faizal Bin Mohamad Pengurus Besar CMI kepada warga kerja di Menara PKNM.
 

07 April 2022


:

 bd765a8d-97fc-4e57-9331-515bf387fbab

 TEMPAT: Pejabat Perbadanan Ketua Menteri Melaka.

  Khamis , 07 April 2022 -

Mesyuarat Berkaitan Struktur & Lesen di Kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya bersama Syarikat Famosa Media Sdn Bhd dan GL Media Sdn Bhd bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Jebat, MPHTJ, Melaka.
 
Mesyuarat dipengerusikan oleh Datuk Shadan bin Othman, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, turut hadir Encik Masrul Faizal bin Mohammad dan wakil syarikat Famosa Media Sdn Bhd.

01 April 2022


:

 photo 2022-04-01 16-07-50 6

 TEMPAT: Pejabat Perbadanan Ketua Menteri Melaka.

  Khamis , 01 April 2022 -

Satu sesi suai kenal diantara Encik Masrul Faizal Bin Mohamad, Pengurus Besar CMI yang telah dilantik pada 01 April 2022 dengan kakitangan CMI di pejabat Perbadanan Ketua Menteri Melaka. Sesi suai kenal bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan diantara Pengrus Besar dengan warga kerja kakitangan CMI dan memudahkan urusan dimasa akan datang.

01 April 2022


:

 62be00cb-1872-4f33-82ff-19599b8ca208

 TEMPAT: Pejabat Perbadanan Ketua Menteri Melaka.

  Khamis , 01 April 2022 -

Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) bersama Kelab Rekreasi & Kebajikan CMI (KRKCMI) telah mengadakan Majlis satu majlis ceramah agama yang disampaikan oleh ustaz Wan Mohd Nurul Helmi Bin Abdul Karim, bertajuk Puasa dan Kaitannya dengan Akhir Zaman. Ceramah dibuat secara atas talian google meet.

 

2021

16 Disember 2021


:

 MajlisGlamorousNightPerpisahanDatoFauzi

 TEMPAT: Holiday Inn, Ayer Keroh, Melaka.

  Khamis , 16 Disember 2021 -

Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) bersama Kelab Rekreasi & Kebajikan CMI (KRKCMI) telah mengadakan Majlis Perpisahan YBhg. Dato' Mohd Fauzi Bin Yaakub, Pengurus Besar CMI dan Sambutan Ulang Tahun kakitangan CMI yang lahir pada bulan Oktober hingga Disember. Perbadanan ini mengucapkan ribuan terima kasih diatas jasa dan bakti yang diberikan oleh Dato' Mohd Fauzi sepanjang beliau berkhidmat sebagai Pengurus Besar CMI bermula daripada 1 April 2020 hingga 31 Disember 2021. Semoga beliau terus maju jaya di masa hadapan.

28 September 2021


:

 Majlis Perpisahan En Mohd Nizam dan Sambutan Hari lahir Kakitangan full

 TEMPAT: Pejabat CMI, Ayer Keroh, Melaka.

  Selasa , 28 September 2021 -

Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) bersama Kelab Rekreasi & Kebajikan CMI (KRKCMI) mengadakan Sambutan Ulang Tahun kakitangan CMI yang lahir pada bulan Mei hingga September dan Majlis Perpisahan Encik Mohd Nizam bin Yahya, Penolong Akauntan CMI yang akan berpindah ke Jabatan Insolvensi Melaka pada 1 Oktober 2021. Perbadanan ini mengucapkan ribuan terima kasih diatas jasa dan bakti yang diberikan oleh kepada Encik Nizam sepanjang 11 tahun beliau berkhidmat di CMI.

23 Julai 2021


:

 Majlis Penyerahan Sumbangan Kit Makanan

 TEMPAT: Dewan Sri Bendahara, Ayer Keroh, Melaka.

  Jumaat , 23 Julai 2021 -

Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) bersama Melaka ICT Holdings Sdn Bhd (MICTH) menyumbangkan sebanyak 500 kotak berupa kit makanan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk disalurkan kepada rakyat Negeri Melaka yang terkesan akibat penularan wabak pandemik COVID-19.

Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangan Kit Makanan kepada YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Hj Sulaiman Md Ali, telah disampaikan oleh Dato’ Mohd Fauzi Yaakub, Pengurus Besar CMI merangkap Timbalan Pengerusi MICTH sambil diperhatikan oleh Dr. Nazdiana Ab. Wahab, CEO MICTH di Dewan Seri Bendahara. Semoga bantuan kit makanan ini dapat membantu meringankan beban mereka yang terjejas sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 ini.

10 Mei 2021


:

 Majlis Sumabangan Raya AIdiilfitri

 TEMPAT: Bilik Mesyuarat CMI, Melaka.

  Rabu , 10 Mei 2021 -

 

Rabu, 10 Mei 2021 CMI bersama dengan Kelab Rekreasi & Kebajikan CMi (KRKCMI) mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Aidilfitri Kepada Kakitangan CMI yang diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif CMI, Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga kerja CMI dan umat islam di Malaysia.

 


07 Mac 2021


:

 photo 2021-03-25 12-36-52

 TEMPAT: Bilik Mesyuarat CMI, Melaka.

  Rabu , 17 Mac 2021 -

 

Rabu, 17 Mac 2021 Satu perbincangan berkaitan cadangan perniagaan Intergrated Medical Hub 3 in 1 oleh syarikat Medicap Sdn Bhd di pejabat Perbadanan Ketua Menteri Melaka. Perbincangan dihadiri oleh Pegawai dan Ketua Unit CMI bersama dengan wakil syarikat Medicap Sdn Bhd.

 


7 JANUARI 2021


:

 07.01.2021 - Bacaan Yassin Tahlil Doa Selamat  Amanat Pengarah CMI

 TEMPAT: Bilik Mesyuarat CMI, Melaka.

  Khamis , 07 Januari 2021 -

 

Khamis, 7 Januari 2021 CMI dengan kerjasam Kelab Rekreasi dan  Kebajikan KRKCMI telah menganjur pogram sempena sambutan tahun baharu 2021, pogram dimulakan dengan amanat daripada Pengarah CMI, Dato Mohd Fauzi Bin Yaakub dan diteruskan dengan bacaan Yassin dan tahlil yang dibawa oleh Ustaz Syafiq, Imam Masjid Al-Alami MITC Melaka. Semoga pada tahun 2021 dapat membawa keberkatan, Kejayaan dan harapan kepada rakyat Melaka.

 

 

2020


22 Disember  2020


:

 Mesyuarat Board Khas CMI Bil3.2020-9

 TEMPAT: Bilik Mesyuarat MMKN, Seri Negeri.

  Selasa, 22 Disember 2020 -

 

Pada hari Selasa, 22 Dember 2020 CMI telah mengadakan Mesyuarat Lembaga Khas Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) Bil.3/2020 dan Sambutan Hari Lahir Datuk Seri Utama Sulaiman Bin Md Ali. Mesyuarat dipengerusikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka. Yang turut hadir, YB Datuk Seri Dr. Hasim bin Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Mesyuarat berlangsung di Bilik Mesyuarat Tun Perak, Seri Negeri.

Warga kerja CMI mengambil kesempatan meraikan sambutan ulang tahun yang ke 55 YAB Datuk Seri Utama Hj. Sulaiman bin Md Ali. Semoga panjang umur, dilindungi Allah dan dipermudahkan segala urusan .

 


4 November   2020


:

 KH TYT Melaka-4.11

 TEMPAT: Pejabat CMI.

Rabu, 4 November 2020 -

 

Satu Kunjung Hormat Kepada Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka di Pejabat TYT, Ayer Keroh oleh Dato' Mohd Fauzi Bin Yaakub, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ketua Menteri Melaka CMI.

 

Terima kasih Tuan Yang Terutama Tun kerana sudi menerima kehadiran kami pada pagi ini.

 


28 Oktober  2020


:

 Majlis Baccan Yassin

 TEMPAT: Pejabat CMI.

Rabu, 28 Oktober 2020 -

Pada hari Rabu, 21 Oktober 2020 satuMajlis Bacaan Yassin, Doa Selamat dan Ceramah sempena Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Datuk Ustaz Kamaruddin Sidek Penasihat Agama Kepada YAB Ketua Menteri Melaka telah diadakan di ejabat Pebadanan Ketua Menteri Melaka (CMI), di MITC Melaka. Turut Hadir YBhg Dato' Mohd Fauzi Bin Yaakub, Pengarah CMI.

 

Terima kasih di atas kesudian YBhg Datuk Ustaz Kamruddin Sidek bersama delegasinya atas ceramah yang disampaikan


21 Oktober  2020


:

 Perjumpaan Pengerusi Bistari

 TEMPAT: Pejabat CMI.

Jumaat, 21 Oktober 2020 -

Pada hari Rabu, 21 Oktober 2020 satu Perjumpaan YBhg Datin Seri Utama Hjh Munira M. Yusop selaku Pengerusi Bistari Negeri Melaka bersama Dato' Mohd Fauzi Bin Yaakub, Ketua Pegawai Eksekutif (CMI) telah diadakan di Pejabat CMI. Turut Hadir YBhg Datin Jamiah, Penolong Setiusaha Bistari Negeri Melaka.

 

Terima kasih di atas kesudian YBhg Datin Seri Utama Hjh Munira M. Yusop bersama YBhg Datin Jamiah ke Pejabat Pebadanan Ketua Menteri Melaka (CMI), di MITC Melaka.


16 Oktober  2020


:

 BODCMI-1.2020-5

 

TEMPAT: Bilik Mesyuarat MMKN.

Jumaat, 16 Oktober 2020 -

Pada Jumaat, 16 Oktober 2020 9.30 am - 12.00 pm

Mesyuarat Lembaga Pengarah Perbadanan Ketua Menteri Melaka Bil.1/2020 di bilik Mesyuarat MMKN, di Seri Negeri, Ayer Keroh yang dipengerusi kan oleh Yab Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Bin Md Ali Ketua Menteri Melaka turut hadir Yb Datuk Seri Dr. Hasim Bin Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Bertempat di bilik mesyuarat MMKN, Seri Negeri.

 

 


25 September  2020


:

 GotongRoyongEKSA1

 

TEMPAT: PEJABAT CMI.

Jumaat, 25 SEPTEMBER 2020 -

Pada Jumaat, 25 September 2020 9.00 am - 5.00 pm CMI telah menjalankan Gotong Royong Perdana EKSA di Pejabat CMI. Seluruh warga kerja CMI telah berganding bahu mengemas, menyusun dan menggunakan kreativiti masing untuk menceriakan pejabat CMI.

 


24 September  2020


:

 LKH Menteri kerja kraya weBSITE

 

TEMPAT: PEJABAT KEMENTERIAN KERJA RAYA.

Khamis, 24 SEPTEMBER 2020 -

CEO CMI Dato' Mohd Fauzi Bin Yaakub mengadakan lawatan kunjung hormat kepada Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato' Seri Haji Fadillah Bin Haji Yusof di pejabat Kementerian Kerja Raya.


4 September  2020


:

 Lawatan KerjaCMI Perak 10

 

TEMPAT: PEJABAT MB INC PERAK .

JUMAAT, 4 SEPTEMBER 2020 -

 

Ketibaan delegasi CMI Melaka di Perak Techno Trade Center (PTTC), telah disambut oleh Tuan Anuar Zainal Abidin, CEO MB Inc. Perak, Tuan Mohd Ariff bin Yeop Ishak, CEO Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, Tuan Khairul Nizam Tajul Hasnan, Pengarah Majuperak Holdings Bhd bersama pegawai-pegawai MB Inc Perak .

 

Delegasi CMI Melaka telah diberi taklimat serta sesi bertukar pandangan berkaitan keseluruhan aktiviti perniagaan MB Inc. Perak. Delegasi juga telah dibawa melawat ke 'Command Centre & Gallery' Pengurusan Pasir Perak dan 'Tin Dredge & Maze'.


3 September  2020


:

 LawatanKerja Ke CMI Penang

Tempat: Pejabat CEO CMI.

Khamis, 3 September 2020 -

Ketibaan delegasi CMI Melaka telah disambut oleh Puan Bharathi A/P Suppiah, Timbalan Pengurus Besar bersama pegawai CMI Pulau Pinang.
Delegasi CMI Melaka telah diberi taklimat serta bertukar pandangan mengenai struktur dan organisasi CMI Pulau Pinang dan Melaka. Delegasi juga telah dibawa melawat sekitar kawasan Penang Digital Libary Phase 2.
YBhg. Dato' Mohd Fauzi bin Yaakub (CEO CMI Melaka) turut berkesempatan membuat lawatan kunjung hormat kepada YB Dato' Abdul Razak bin Jaafar, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


14 Julai 2020


:

 Kunjung Hormat VC UUM s

Tempat: Pejabat CEO CMI.

Khamis, 9 Julai 2020 -

Perbadanan Ketua Menteri Melaka CMI telah menerima kunjung hormat daripada YBhg. Prof. Dato' Dr. Ahmad Bashawir bin Haji Abdul Ghani, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM). Terima kasih di atas kesudian Dr. Ahmad bersama wakil delegasi beliau yang hadir di Pejabat Pebadanan Ketua Menteri Melaka (CMI), di MITC Melaka , pada Selasa 14 Julai 2020.


09 Julai 2020


:

 KHMBI PERAK 5-1

Tempat: Pejabat CEO CMI.

Khamis, 9 Julai 2020 -

Perbadanan Ketua Menteri Melaka telah menerima kunjung hormat daripada En Anuar bin Zainal Abidin CEO Menteri Besar Incorperated (MBI) Perak dan En Afzanizam bin Abdul Manan pengurus Besar Kanan (GM) Menteri Besar Perak pada hari Khamis bersamaan 9 Julai 2020 di Pejabat CEO CMI. 


3-5 Julai 2020


:

 BengkelPenyelarasanPemurnianSOP

Tempat: Bilik Seminar Temengong Mudzaffar Hotel, Melaka.

Jumaat - ahad, 3 Julai 2020 - 5 Julai 2020

Perbadanan Ketua Menteri Melaka telah Mengadakan Bengkel Penyelarasan dan Pemurnian Polisi & SOP CMI pada Hari Jumaat hingga Ahad (3-5 Julai 2020) bertempat di Mudzaffar Hotel Melaka. Bengkel telah dibantu oleh Dr Mustafakamal Shah Bin Othman sebagai moderator.


15 JUN 202


:

 BODKhas2020

Tempat: Bilik Mesyuarat MMKN, Seri Negeri.

Isnin, 15 Jun 2020 - 

Mesyuarat Khas Lembaga Perbadanan Ketua Menteri Melaka Bil 2/2020 yang dipengerusikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Sulaiman Md Ali di Bilik Mesyuarat MMKN. Pada Isnin, 15 Jun 2020 2.30 petang bertempat di Bilik meyuarat Tun perak MMKN. 


17 APRIL 202


:

 BODKhas2020

Tempat: Bilik Mesyuarat MMKN, Seri Negeri.

Jumaat, 17 April 2020 - 

Mesyuarat Khas Lembaga Perbadanan Ketua Menteri Melaka Bil 1/2020 yang dipengerusikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Sulaiman Md Ali di Bilik Mesyuarat MMKN. 


10 APRIL 202


:

 

Tempat: Pejabat Ketua Menteri Melaka

Jumaat, 10 April 2020 - 

Pada 10 April 2020 Pegurus Besar CMI Datuk Mohd Fauzi bin Yaakub dan pihak syarikat Riqz Makmur Sdn Bhd telah menyerahkan sumbangan sebanyak 500 bag beras kepada Kerajaan Negeri Melaka. Sumbangan telah diserahkan kepada Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Sulaiman Md Ali. 


04 Feb 2020


:

 

Tempat: PTG Melaka

 

ISNIN, 3 Febuary 2020 - 

Pada 3 febuary 2020 Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) telah Menyerahkan Sumbangan Drone Kepada Pejabat Tanah Dan Galian Melaka (PTG)


22 Jan 2020


:

 

AYER KEROH 22 Jan: Seri Negeri

 

Sebanyak 37 unit rumah teres dua tingkat bakal dibina di atas tanah seluas 3.75 ekar di mukim Tangga Batu, Melaka Tengah, tidak lama lagi. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasim Hasan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Salhah Salleh, Pengurus Besar CMI, Jamzuri Ardani, dan Pengarah Feithe Group Sdn Bhd, Datuk Chong Ah Meng dan Tan Saw Hong.


20 Jan 2020


:

 

Tempat:

Bilik Mesyuarat CMI

 

ISNIN, 20 January 2020 - 

Berkuatkuasa 15 Januari 2020 Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) telah mengambil alih Pengurusan Hak Eksklusif Pengiklanan Seluruh Negeri Melaka yang sebelum ini diuruskan Melaka Kini Sdn Bhd (MKSB).

2019


15 Nov 2019


:

 

Tempat:

Pejabat Pengurus Besar CMI

 

JUMAAT, 15 November 2019 - 

Temuramah diantara British High Commission Kuala Lumpur dengan Pengurus Besar CMI.


25 Oct 2019


:

 

Tempat:

Bilik Mesyuarat CMI

 

JUMAAT, 25 Oktober 2019 - 

Majlis menandatangani perjanjian penubuhan SPECIAL PURPOSE VEHICLE CMI-PHARMA diantara Perbadanan Ketua Menteri Melaka, Mestika Megan Sdn Bhd Dan Tekad Infiniti Sdn Bhd pada hari jumaat 25 oktober 2019 yang lepas.


31 Mei 2019


:

 

Tempat:

Bilik Mesyuarat CMI

 

JUMAAT, 31 Mei 2019 - Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) bersama Kelab Rekreasi & Kebajikan CMi (KRKCMi) telah menganjurkan satu majlis sumbangan barangan keperluan raya dan juga duit raya kepada ahli kelab. Sumbangan yang bertujuan supaya dapat membantu meringankan beban perbelanjaan yang ditanggung sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Sumbangan telah disampaikan sendiri oleh Pengurus Besar CMI, Tuan Jamzuri Bin Ardani dalam satu majlis tersebut. Tuan Jamzuri juga turut menyampaikan sumbangan duit raya daripada beliau kepada semua kakitangan CMI yang hadir dalam majlis tersebut. Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang.


24 Mei 2019


:

 

Tempat:

Dun Tangga Batu

 

JUMAAT, 24 Mei 2019 - Seperti tahun-tahun sebelumnya, Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) dengan kerjasama Kelab KRKCMi telah menganjurkan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Pada tahun ini, CMI dan Kelab KRKCMi telah menganjurkan satu program bantuan kepada asnaf dimana seramai 6 buah keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan tersebut. Selain itu, terdapat ahli dari kelab KRKCMi turut sama menyumbang dengan membayar fidyah kepada keluarga yang kurang berkemampuan tersebut. Semoga dengan sumbangan yang telah diberikan, sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan sempena Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.


23 Apr 2019


:

 

Tempat:

Bilik Mesyuarat CMI

 

SELASA, 23 April 2019 - Satu program Jom Baca Bersama 10 Minit telah dianjurkan oleh Jabatan Ketua Menteri Melaka. Sebagai salah satu daripada unit di Jabatan Ketua Menteri, Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) telah turut sama menganjurkan program tersebut di pejabat CMI. Program ini diketuai oleh Pengurus Besar CMI, Tuan Jamzuri Bin Ardani bersama barisan pegawai dan kakitangan telah turut sama melaksanakan program di Bilik Mesyuarat CMI.


29 Mac 2019


:

 

Tempat:

Bilik Mesyuarat CMI

 

JUMAAT, 29 Mac 2019 - Satu majlis perpisahan telah diadakan bagi meraikan  Puan Norhayati Binti Hj. Nasir yang mendapat kenaikkan pangkat dan bertukar ke Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). CMI mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan menghargai segala jasa dan sumbangan selama berkhidmat dengan CMI. Majlis turut meraikan kakitangan CMI yang menyambut harijadi bagi bulan Jan - April 2019.


8 Mac 2019


:

 

Tempat:

Bilik Mesyuarat CMI

 

JUMAAT, 8 Mac 2019 - Satu majlis penyerahan akujanji oleh Syarikat SSN Medical Product telah diadakan di Bilik Mesyuarat CMI. Akujanji yang dimeterai oleh wakil syarikat dan juga Pengurus Besar CMI, Tuan Jamzuri Bin Ardani dan turut dihadiri oleh Unit Penswastaan dan Unit Penguatkuasaan Undang-Undang CMI.


18 Feb 2019


:

 

Tempat:

Menara Berkembar Petronas

 

ISNIN, 18 Feb 2019 - Satu perbincangan telah diadakan di antara CMI dengan Petco Petronas bertempat di Menara Berkembar Petronas. Pertemuan yang membincangkan cadangan pembinaan tangki simpanan di Melaka. CMI yang diwakili oleh Pengurus Besar CMI, Tuan Jamzuri Bin Ardani dan diiringi oleh pegawai dari Unit Penswastaan, Puan Susila Binti Hussin, Puan Nurul Huda Binti Md Yasin dan Encik Mohd Hasraf Bin Mohd.


16 Jan 2019


:

 

Tempat:

BILIK MESYUARAT CMI

 

RABU, 16 Jan 2019 - Setiap pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan. Begitulah ungkapan yang sesuai digambarkan kepada 2 orang kakitangan CMI yang akan bertukar ke tempat lain. Puan Idayu Binti Sahat akan bertukar ke Pejabat Tanah Jasin manakala En. Arif Johan Bin Mohamad Jamal mendapat penempatan ke Wisma Persekutuan. Pentadbiran CMI mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka berdua semoga berjaya di tempat baru. Segala sumbangan dan bakti sepanjang berkhidmat di CMI amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih. Satu majlis jamuan perpisahan turut diadakan yang disertai oleh Pengurus Besar CMI, Tuan Jamzuri Bin Ardani yang menyampaikan sumbangan cenderamata kepada mereka.

2018


23 Dis 2018


:

Tempat:

A FAMOSA RESORT, ALOR GAJAH

 

AHAD, 23 Dis 2018 - Hari Keluarga CMI merupakan salah satu aktiviti yang paling ditunggu-tunggu oleh semua staf CMI dimana semua kakitangan dapat berkumpul bersama-sama dengan keluarga dan rakan sekerja untuk sama-sama merapatkan hubungan silaturahim sesama mereka. Pada tahun 2018 ini, Hari Keluarga ini telah diadakan di A Famosa Resort Water World dan berjaya dianjurkan dengan jayanya. Semoga hari keluarga ini dapat dianjurkan lagi pada masa-masa akan datang.


19 Dis 2018


:

Tempat:

BILIK MESYUARAT, CMI

 

RABU, 19 Dis 2018 - Perbadanan Ketua Menteri Melaka telah menganjurkan satu majlis perpisahan Cik Nadiah Binti Mohd Abdul Fatah yang telah mendapat penempatan tetap di tempat baru. Segala sumbangan dan bakti selama bekerja dengan CMI amatlah dihargai dan Pentadbiran ini mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau. Majlis turut meraikan harijadi kakitangan CMI yang menyambut harijadi pada bulan September, Oktober, November & Disember 2018. Pentadbiran ini mengucapkan semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa mendapat lindungan dari Allah S.W.T.


1 Dis 2018


:

Tempat:

DATARAN RESTORAN MELAYU MELAKA

 

SABTU, 1 Dis 2018 - Hari Penyampaian Hadiah Pemenang Pertandingan Fotografi & Melukis.


29 Nov 2018


:

 

Tempat:

RESTORAN MELAYU MELAKA

 

KHAMIS, 29 Nov 2018 - Hari Penjurian Pertandingan Fotografi & Melukis.


24 Nov 2018


:

 

Tempat:

MELAKA INTERNATIONAL TRADE CENTER, MITC

 

SABTU, 24 Nov 2018 - Pertandingan Bowling Tertutup CMI Tahun 2018.


23 Nov 2018


:

 

Tempat:

DATARAN RESTORAN MELAYU MELAKA

 

JUMAAT, 23 - 28 Nov 2018 - Pertandingan Fotografi & Melukis Sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka Tahun 2018.


21 Nov 2018


:

 

Tempat:

PETRONAS PENAPISAN, SG. UDANG

 

RABU, 21 Nov 2018 - Kunjung Hormat Kepada CEO Petronas Penapisan Sdn. Bhd.


11 Okt 2018


:

 

Tempat:

KILANG BIOMAS, KG. GAJAH, PERAK

 

Khamis, 11 Okt 2018 - Lawatan Tapak ke Kilang Biomas di Kampung Gajah, Perak.


19 Sep 2018


:

 

Tempat:

PEJABAT CMI, MITC

 

RABU, 19 Sept 2018 - Kunjung Hormat & Taklimat Oleh Syarikat PT Acheh Berkenaan Status Industri Oil & Gas di Aceh.


13 Sep 2018


:

 

Tempat:

RESTORAN MELAYU MELAKA

 

KHAMIS, 13 Sept 2018 - Taklimat 1st Engagement Program Dialog Session For Joint Project Delivery Support.


5 Sept 2018


:

 

Tempat:

BILIK BIJA SURA, PEJABAT KETUA MENTERI 

 

RABU, 5 Sept 2018 - Majlis menandatangani MOU di antara CMI dan Beaks Development Sdn Bhd telah diadakan di Bilik Bija Sura, Pejabat Ketua Menteri. Majlis yang disaksikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Tuan Haji Adly Bin Zahari dan juga barisan EXCO Negeri Melaka antaranya Datuk Jailani. MOU ini melibatkan pembinaan kawasan parking bertingkat di tengah bandar Melaka yang dijangka dapat mengatasi masalah kekurangan tempat meletak kenderaan pada waktu puncak dan juga hujung minggu.


13 July 2018


:

 

Tempat:

BILIK MESYUARAT CMI

 

JUMAAT, 13 Julai 2018 - Satu taklimat berkaitan Mengawal Selia Operasi STS di Pelabuhan Tg. Bruas telah diadakan di bilik mesyuarat CMI. Taklimat yang dihadiri oleh Pengurus Besar CMI, Tuan Jamzuri Bin Ardani yang turut disertai oleh pegawai Puan Juriati Binti Jaafar, Puan Susila Binti Hussin dan Puan Nurul Huda Binti Md Yasin.


12 July 2018


:

 

Tempat:

PEJABAT MSN MELAKA, KRUBONG

 

KHAMIS, 12 Julai 2018 - Sempena SUKMA PERAK 2018 yang akan berlangsung dari 11 Sept 2018 - 22 Sept 2018. Temasya sukan terulung di Malaysia, kali ini dianjurkan oleh Negeri Perak. Melaka sebagai salah satu negeri yang terlibat juga telah mengatur pelbagai acara dan aktiviti bagi memudahkan segala urusan berkaitan SUKMA PERAK 2018. CMI secara rasminya telah dilantik sebagai BAPA ANGKAT bagi Sukan Wushu. Satu majlis penerimaan watikah perlantikan ini telah diadakan di perkarangan pejabat MSN, Melaka di Kompleks Squash. Pengurus Besar CMI, Tuan Jamzuri Bin Ardani telah hadir sebagai penerima watikah perlantikan yang disampaikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Tuan Haji Adly Bin Zahari.


10 July 2018


:

 

Tempat:

BILIK MESYUARAT CMI

 

SELASA, 10 Julai 2018 - Satu perbincangan mengenai pembentukan Task Force bagi menilai status Sekretariat DMDI, Yayasan DMDI & DMDI Finance House telah diadakan di bilik mesyuarat CMI. Mesyuarat yang dihadiri oleh Datuk Mashitah selaku Pengurus Besar DMDI dan dipengerusikan oleh Pengurus Besar CMI, Tuan Jamzuri Bin Ardani dan juga Puan Murni Binti Jamaludin dari Unit Kewangan CMI.


6 Julai 2018


:

 

Tempat:

BILIK MESYUARAT CMI

 

JUMAAT, 6 Julai 2018 - Satu sesi suai kenal bersama Pengurus Besar yang baharu iaitu Tuan Jamzuri Bin Ardani telah diadakan di Bilik Mesyuarat CMI. Sesi yang bertujuan untuk mengenali dan memperkenalkan Pengurus Besar dan kakitangan CMI secara lebih dekat lagi dengan memperkenalkan diri dan latar belakang masing-masing. Selain itu ianya bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan diantara Pengurus Besar dan kakitangan CMI untuk memudahkan lagi kerjasama di masa akan datang.


5 Julai 2018


:

 

Tempat:

BILIK MESYUARAT CMI

 

KHAMIS, 5 Julai 2018 - Satu taklimat cadangan pembangunan pelabuhan di Negeri Melaka oleh Syarikat Apex Symphony telah di adakan. Taklimat yang turut disertai oleh Pengurus Besar CMI, Tuan Jamzuri Bin Ardani beserta Unit Penswastaan iaitu Puan Susila Binti Hussin dan Puan Nurul Huda Binti Md Yasin. Taklimat ini berlangsung selama 1 jam dan telah berjaya disampaikan oleh wakil syarikat.


18 Mei 2018


:

 

Tempat:

RESTORAN MELAYU MELAKA

 

JUMAAT, 18 Mei 2018 - Satu majlis bacaan yasin bersama anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj yang terletak di Pantai Kundor. Majlis yang merupakan salah satu projek CSR di bawah CMI yang dilakukan setiap tahun. Majlis turut diserikan dengan sesi pemberian duit raya kepada anak-anak yatim yang disampaikan oleh Pengurus Besar CMI, Datuk Ab Rahman bin Ismail.


16 Mei 2018


:

 

Tempat:

BILIK MESYUARAT CMI, MITC

 

RABU, 16 Mei 2018 - Satu majlis bacaan yasin sempena Ramadan telah diadakan oleh kakitangan Perbadanan Ketua Menteri Melaka sebagai inisiatif bagi menghormati kedatangan bulan Ramadan.


3 Mei 2018


:

 

Tempat:

RUANG LEGAR PKNM, MITC

 

KHAMIS, 3 Mei 2018 - Satu majlis penyerahan sumbangan telah diadakan sempena Majlis Perasmian Galeri PKNM. Dalam majlis tersebut, CMI yang diwakili oleh Pengurus Besar, Datuk Ab Rahman bin Ismail telah  menyampaikan sendiri Mock Check berjumlah RM1juta kepada Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka, Datuk Yusoff Mahadi. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ir Ts Hj. Idris bin Hj. Haron yang menyaksikan proses penyerahan cek tersebut.


27 Apr 2018


:

 

Tempat:

PEJABAT CMI, MITC

 

JUMAAT, 27 April 2018 - Majlis perpisahan bagi meraikan staf CMI, Cik Nurul Syahidah binti Yusof yang telah menamatkan kontrak sambilan beliau di Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI). Pentadbiran ini mengucapkan ribuan terima kasih atas bakti dan sumbangan selama beliau berkhidmat di CMI. Majlis turut meraikan harijadi kakitangan CMI yang lahir pada bulan Jan, Feb, Mac & April. Hadiah telah disampaikan oleh Pengurus Besar CMI, Datuk Ab Rahman bin Ismail.


20 Apr 2018


:

 

Tempat:

PEJABAT CMI, MITC

 

JUMAAT, 20 April 2018 - Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) telah mengadakan sesi mengangkat Ikrar Bebas Rasuah dan salah guna kuasa yang disertai oleh Pengurus Besar CMI, Datuk Ab Rahman bin Ismail dan kakitangan CMI. Sesi ini turut disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Wira Roslan bin Ibrahim.  Inisiatif ini memperlihatkan kesungguhan Kerajaan Negeri Melaka bagi memastikan pentadbirannya melaksanakan tugas dengan lebih telus serta bebas dari gejala rasuah selain menjadikan CMI sebuah organisasi yang lebih dihormati dan disegani.


14 Apr 2018


:

 

Tempat:

PULAU UPEH

 

SABTU, 14 April 2018 - Pulau Upeh merupakan satu pulau yang telah lama terbiar tanpa sebarang aktiviti pembangunan terkini. Pulau ini juga merupakan habitat pendaratan penyu karah terbesar yang datang bertelur dari bulan April hingga September setiap tahun. Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri yang ingin membangunkan semula Pulau Upeh, CMI yang mewakili Kerajaan Negeri telah menandatangani satu perjanjian usahasama pembangunan semula Pulau Upeh dengan Syarikat MRails Enterprise Sdn Bhd. Projek pembangunan semula Pulau Upeh ini melibatkan kos sebanyak RM20juta. Pulau ini akan dibangunkan semula dengan pembinaan chalet-chalet bagi tujuan pelancongan tanpa menganggu habitat pendaratan penyu karah bertelur. Pembangunan semula Pulau Upeh ini dijangka akan menjadi salah satu destinasi pelancongan yang popular di Melaka.


30 Mac 2018


:

 

Tempat:

PANGGUNG BANGSAWAN MELAKA

 

RABU, 21 MAC 2018 - CMI dengan kerjasama JKKN Melaka telah menganjurkan satu persembahan Teater Muzikal Bawang Merah Bawang Putih. Cerita yang mengisahkan adik beradik tiri yang bermusuhan dimana si kakak, Bawang Merah sangat iri hati dan sering memarahi adiknya Bawang Putih. Mereka kemudiannya menyertai satu pertandingan menyanyi yang bertujuan untuk mencari pasangan hidup oleh Tengku Kamil. Persembahan teater ini mendapat perhatian dan mencuit hati para penonton yang rata-ratanya terhibur dengan persembahan yang tidak kering gusi.


21 Mac 2018


:

 

Tempat:

SERI NEGERI, Ayer Keroh

 

RABU, 21 MAC 2018 - Satu Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama di antara CMI dan UPEN telah diadakan di Seri Negeri, Ayer Keroh Melaka. Perjanjian usahasama yang melibatkan projek tambak laut seluas 750 ekar 


14 Mac 2018


:

 

Tempat:

SERI NEGERI, Ayer Keroh

 

RABU, 14 MAC 2018 - Satu Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama dan Pembangunan Semula Pulau Upeh telah diadakan di Seri Negeri, Ayer Keroh Melaka. Perjanjian usahasama yang dimeterai di antara Mrails International Sdn. Bhd. dan Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) yang turut disaksikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ir. Hj. Idris bin Haron. Pulau Upeh akan dibangunkan semula sebagai D'UPEH Wellness Resort & Spa, sekaligus akan menjadi produk pelancongan baharu Negeri Melaka. Antara penambahbaikan yang akan dilakukan ialah membaik pulih chalet-chalet yang terdapat di pulau tersebut. Syarikat yang dilantik juga akan melaksanakan proses penambakan pasir bagi mewujudkan pantai buatan yang menelan belanja  kira-kira RM1juta. Projek baikpulih ini dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 18 bulan melibatkan projek pembaikan 39 unit chalet sedia ada dengan menerapkan unsur seni bina kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia. Ia juga akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, sekali gus menaikkan taraf ekonomi. Pulau Upeh dengan keluasan 6.53 ekar dimiliki oleh Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) dijangka mampu menarik kira-kira 51,000 pelancong dari dalam dan luar negeri apabila siap nanti. Selain itu, Pulau Upeh juga menjadi tempat  Penyu Karah bertelur dan menurut rekod, sebanyak 4,515 biji telur penyu  Karah dikutip pada tahun 2017. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Roslan bin Ibrahim, Pengurus Besar CMI, Datuk Ab Rahman bin Ismail, Presiden dan Pengarah Urusan Mrails International Sdn. Bhd. Datuk Muhammad JK Noah Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Mrails International Sdn. Bhd., Umeda Sentaro.

2017


22 Dis 2017


:

 

 

Tempat:

PANGGUNG BANGSAWAN MELAKA

 

JUMAAT, 22 DISEMBER 2017 - Satu persembahan teater muzikal Kanak-Kanak Si Kembar telah diadakan di Panggung Bangsawan Melaka (PBM) bermula jam 8.00 malam. Teater yang dipersembahkan ini adalah merupakan satu kerjasama di antara Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) dan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negeri Melaka (JKKN) sempena cuti sekolah. Dengan kehadiran penonton yang luar biasa dimana ramai ibu bapa membawa anak-anak mereka menonton teater muzikal ini harus diberi pujian membuktikan bahawa minat seni teater di Melaka telah berkembang baik sejak tertubuhnya PBM. Teater ini mengisahkan dua adik beradik kembar yang terpisah. Dimana adik kembar si perempuan telah diculik dan abang kembarnya telah mengembara ke pelbagai tempat untuk mencari adiknya. Berbagai rintangan telah dihadapi semasa mencari adiknya seperti, bertemu hantu, bomoh, dan orang asli. Akhirnya mereka berjaya juga bertemu kembali. Pelbagai aksi lucu dan sedih dapat ditonton semasa persembahan ini. Para ibu bapa juga sangat gembira kerana anak-anak mereka terhibur menonton teater muzikal Si Kembar ini dan berharap agar persembahan ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.


26 Nov 2017


:

 

 

Tempat:

RESTORAN MELAYU MELAKA

 

Makan! Makan! Mintak Makan!!!!


25 Nov 2017


:

 

 

Tempat:

RESTORAN MELAYU MELAKA

 

Makan! Makan! Mintak Makan!!!!


21 Nov 2017


:

 

 

Tempat:

RESTORAN MELAYU MELAKA

 SELASA,21 NOVEMBER 2017-Satu majlis makan malam telah diadakan di Restoran Melayu Melaka bagi meraikan Kontinjen Teratai Pahang yang datang ke Melaka sempena Sukan PTIWRBNM dianjurkan oleh Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) selaku Jabatan Angkat Negeri Teratai Pahang. Dalam majlis tersebut, barisan isteri-isteri wakil rakyat negeri Pahang yang datang telah disajikan dengan hidangan istimewa negeri Melaka dan turut diserikan dengan persembahan artis undangan Azri Kilauan Emas dan A Rozaimie.


19 Nov 2017


:

 

 

Tempat:

DATARAN RESTORAN MELAYU MELAKA

 

AHAD, 19 NOVEMBER 2017 – Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) telah menganjurkan Fiesta Makanan Malaysia dengan kerjasama NESTLE sebagai penaja utama bertempat di Dataran Restoran Melayu Melaka sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka Tahun 2017. CMI dengan kerjasama Nestle telah menganjurkan Demo Memasak Bersama Nestle yang dihoskan oleh Chef Muluk. Dalam demo ini Chef Muluk telah menunjukkan cara-cara penggunaan barang-barang produk Maggi bagaimana untuk memasak dengan menggunakan sukatan yang betul. Kemudiannya Pertandingan Maggi Mystery Box telah diadakan pada sebelah petang dimana para peserta dikehendaki memasak menggunakan bahan memasak dari kotak misteri yang disediakan. Pertandingan yang dijalankan mengambil masa selama 1 jam dimana kiteria memasak, bahan masakan dan dekorasi masakan diambil kira bagi menentukan pemenang.  Seterusnya pihak Nestle telah menganjurkan Nestle Icecream Eating Contest dimana para peserta perlu menghabiskan sebatang icecream dalam masa yang singkat. Bagi setiap kategori, pemenang tempat pertama akan memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM300, RM200 kedua dan RM100 ketiga. Hadiah pemenang telah disampaikan sendiri oleh Pengurus Besar CMI, Datuk Ab Rahman bin Ismail yang berbesar hati untuk hadir ke aktiviti yang telah dianjurkan.


18 Nov 2017


:

 

Tempat:

DATARAN RESTORAN MELAYU MELAKA

 

JUMAAT & SABTU, 20 & 21 OKTOBER 2017 – Satu pementasan teater Tun Fatimah telah diadakan di Panggung Bangsawan Melaka. Antara artis hebat tanahair yang terlibat dalam pementasan ini adalah Maya Karin, Remy Ishak, Hasraf Muslim, Ebby Yus & Isma Halil Hamzah. Teater ini telah diadakan dengan kerjasama Istana Budaya. Teater Tun Fatimah merupakan satu cerita hikayat di mana keluarga Tun Fatimah (Maya Karin) telah dihukum bunuh oleh Sultan Melaka (Remy Ishak) akibat dari dendam dan fitnah dari Raja Mendeliar kepada Datuk Bendahara yang merupakan ayahanda kepada Tun Fatimah. Kerana tidak berpuas hati dan dendam kepada Raja Mendeliar, Tun Fatimah serta dayang-dayangnya telah melancarkan serangan dan menangkap Raja Mendeliar dan membawanya menghadap Sultan Melaka bagi membuktikan keluarganya tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah Raja Mendeliar. Sultan Melaka merasa malu dan menyesal akan kesilapannya yang terburu-buru menghukum bunuh seluruh keluarga Tun Fatimah selepas terpedaya dengan kata-kata Raja Mendeliar. Pementasan ini juga diserikan lagi dengan kehadiran TYT Gabenor Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob dan YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron.Para Hadirin turut meraikan sambutan harijadi TYT Gabenor Negeri Melaka yang ke 79.


20 Okt 2017


:

 

Tempat:

PANGGUNG BANGSAWAN MELAKA

 

JUMAAT & SABTU, 20 & 21 OKTOBER 2017 – Satu pementasan teater Tun Fatimah telah diadakan di Panggung Bangsawan Melaka. Antara artis hebat tanahair yang terlibat dalam pementasan ini adalah Maya Karin, Remy Ishak, Hasraf Muslim, Ebby Yus & Isma Halil Hamzah. Teater ini telah diadakan dengan kerjasama Istana Budaya. Teater Tun Fatimah merupakan satu cerita hikayat di mana keluarga Tun Fatimah (Maya Karin) telah dihukum bunuh oleh Sultan Melaka (Remy Ishak) akibat dari dendam dan fitnah dari Raja Mendeliar kepada Datuk Bendahara yang merupakan ayahanda kepada Tun Fatimah. Kerana tidak berpuas hati dan dendam kepada Raja Mendeliar, Tun Fatimah serta dayang-dayangnya telah melancarkan serangan dan menangkap Raja Mendeliar dan membawanya menghadap Sultan Melaka bagi membuktikan keluarganya tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah Raja Mendeliar. Sultan Melaka merasa malu dan menyesal akan kesilapannya yang terburu-buru menghukum bunuh seluruh keluarga Tun Fatimah selepas terpedaya dengan kata-kata Raja Mendeliar. Pementasan ini juga diserikan lagi dengan kehadiran TYT Gabenor Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob dan YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron.Para Hadirin turut meraikan sambutan harijadi TYT Gabenor Negeri Melaka yang ke 79.


12 Okt 2017


:

 

Tempat:

BILIK MESYUARAT CMI

 

KHAMIS, 12 OKTOBER 2017 – Satu majlis sambutan hari jadi bagi meraikan kakitangan CMI yang menyambut ulang tahun kelahiran bagi bulan Julai, Ogos, September 2017 telah diadakan oleh Kelab Rekreasi & Kebajikan CMI. Antara kakitangan yang diraikan ialah, Pn. Murni binti Jamaludin, En. Muhammad Ridzuan bin Daud, En. Muhammad Hafizi bin Md Lazan dan En. Mohd Arif Johan bin Mohamad Jamal. Pengurus Besar CMI, Datuk Ab Rahman bin Ismail selaku penaung Kelab Rekreasi & Kebajikan CMI telah menyampaikan hadiah harijadi kepada kakitangan terbabit. Sedikit jamuan makan turut diadakan bagi meraikan semua ahli kelab yang hadir pada majlis tersebut.


10 Okt 2017


:

 

Tempat:

LAMAN BUDAYA, ISTANA BUDAYA

 

SELASA, 10 OKTOBER 2017 – Satu Sneak Preview "Teater Tun Fatimah, Srikandi Empayar Melaka" telah diadakan di Laman Budaya Istana Budaya. Para pengamal media tempatan telah dijemput untuk menyaksikan sneak preview tersebut bagi tujuan mempromosikan teater tersebut ke peringkat yang lebih luas lagi. Para barisan artis yang menjayakan sneak preview tersebut ialah Maya Karin, Remy Ishak, Ebby Yus dan Isma Halil Hamzah. Turut memeriahkan sneak preview tersebut ialah kehadiran YBhg. Datuk Ab Rahman bin Ismail, Pengurus Besar CMI yang turut menyaksikan persembahan sneak preview tersebut dan juga Ketua Pengarah Istana Budaya, YBhg. Dato Mohamed Juhari Shaarani.


2 Sept 2017


:

 

Tempat:

MASJID AL-AMININ, BATANG TIGA MELAKA

 

SABTU, 2 SEPTEMBER 2017 – Seperti tahun-tahun sebelumnya, Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) telah menganjurkan satu program ibadah Qurban bagi tahun 2017. Program ini telah diadakan di Masjid Al-Aminin Batang Tiga Melaka. Seramai 11 orang kakitangan CMI telah terlibat dalam kerja-kerja melapah dan mengagihkan daging qurban. Turut serta dalam program ini adalah Pengurus Besar CMI, En. Ab Rahman bin Ismail yang turut sama untuk turun padang menjayakan program ibadah tersebut. Semoga niat ibadah qurban kali ini mendapat keberkatan dari Allah S.W.T dan akan berterusan pada masa-masa akan datang.


4 Ogos 2017


:

 

Tempat:

PANGGUNG BANGSAWAN MELAKA

 

JUMAAT, 4 OGOS 2017 – Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) dengan kerjasama Istana Budaya telah menganjurkan Konsert Gegar Pop Yeh Yeh selama 2 hari bermula dari 4 Ogos 2-07 hingga 5 Ogos 2017 bertempat di Panggung Bangsawan Melaka. Persembahan berjaya memukau semua hadirin yang meminati irama pop yeh yeh yang menampilkan artis-artis terkenal tanahair seperti A. Rahman Hassan, Jeffrydin, Maria Bachok, J. Sham, L. Ramli, A. Rozaini dan Aiman Tino. Turut menampilkan Ebby Yus dan Abon sebagai pengacara majlis. Konsert ini turut diserikan dengan kehadiran YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron dan isteri serta YB Setiausaha Kerajaan Negeri dan barisan EXCO dan Ketua Jabatan. Konsert ini merupakan julung-julung kali diadakan di Panggung Bangsawan Melaka yang sebelum ini banyak menampilkan persembahan teater.


21 Jul 2017


:

 

Tempat:

PERKARANGAN LOBI PKNM, MITC

 

JUMAAT, 21 JULAI 2017 – Sempena bulan Syawal yang akan berakhir tidak lama lagi, Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) dengan kerjasama Melaka ICT Holdings Sdn. Bhd. telah menganjurkan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2017 bertempat di Perkarangan Lobi PKNM, MITC. Semua ahli lembaga pengarah dan anak- yarikat milik CMI dan MICTH telah dijemput bagi memeriahkan majlis rumah terbuka yang telah diadakan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron bersama isteri serta YB Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Hj. Naim bin Abu Bakar. Persembahan busker turut menyerikan dan memeriahkan majlis rumah terbuka dengan lagu-lagu raya yang menusuk jiwa. Majlis berakhir jam 5.00 petang.


22 Jun 2017


:

 

Tempat:

KG. TERENTANG JASIN, MELAKA

 

KHAMIS, 22 JUN 2017 – Baru-baru ini viral mengenai kisah hidup En. Musa Maakip yang terpaksa berhenti kerja bagi menjaga anak-anaknya yang orang kurang upaya (OKU). Atas dasar prihatin dan kesedaran untuk membantu beliau, Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) telah mengambil inisiatif untuk membantu beliau dengan memberikan sumbangan berupa barangan keperluan asas dan sedikit wang tunai bagi menampung kehidupan beliau dan anak-anak. Turut hadir mengiringi En. Ab Rahman adalah wakil dari Kelab Rekreasi & Kebajikan CMI dan En. Ahmad Baharuddin yang merupakan JKKK Jasin. Semoga dengan sedikit sumbangan diharap dapat meringankan beban beliau untuk menjaga anak-anaknya. 


19 Jun 2017


:

 

Tempat:

RESTORAN MELAYU MELAKA

 

ISNIN, 19 JUN 2017 – Satu majlis penyerahan sumbangan duit raya kepada kakitangan Restoran Melayu Melaka telah diadakan di Restoran Melayu Melaka. Pengurus Besar CMI, En. Ab Rahman bin Ismail berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan duit raya kepada kakitangan restoran sebagai menghargai jasa dan sumbangan mereka selama berkhidmat di Restoran Melayu Melaka. Kemudian, En. Ab Rahman bin Ismail telah turun padang untuk bersama-sama dengan kakitangan CMI untuk mengedarkan bubur lambok di jalan raya berhadapan dengan restoran.


16 Jun 2017


:

 

Tempat:

HOTEL SWISS GARDEN MELAKA

 

JUMAAT, 16 JUN 2017 – Bagi meraikan staf, Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) telah menganjurkan satu majlis berbuka puasa di Hotel Swiss Garden Melaka. Majlis yang bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara staf dan juga ahli keluarga yang turut sama majlis yang diadakan. Turut hadir sama memeriahkan majlis tersebut ialah ahli lembaga pengarah CMI iaitu YB Datuk Tuan Ahmad Kamal Ariffin bin Ismail, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka dan juga YBhg. Datuk Hjh. Rusnani bte Latip, Timb. Setiausaha Kerajaan (Pembangunan). Majlis ini secara tidak langsung dapat merapatkan ukwah sesama staf dan juga antara ahli lembaga pengarah dengan Pengurus Besar CMI.


1 Jun 2017


:

 

Tempat:

RESTORAN MELAYU MELAKA

 

KHAMIS, 1 JUN 2017 – Bagi meraikan ramadhan yang mulia, CMI telah menganjurkan satu majlis bacaan yasin, doa selamat dan berbuka puasa bersama pelajar Madrasah Tahfiz Azzakirin di Restoran Melayu Melaka. Seramai 60 orang pelajar termasuk guru pengiring telah hadir dalam majlis tersebut. Majlis yang dimulakan dengan bacaan yasin dan doa selamat. Seterusnya penyampaian sumbangan duit raya kepada para pelajar dan guru pengiring sebagai tanda penghargaan atas kesudian untuk hadir ke majlis tersebut. Kemudian para pelajar dan guru dijemput untuk menjamu selera berbuka puasa selepas solat maghrib. Majlis bersurai jam 10.00 malam.


26 Mei 2017


:

 

Tempat:

BILIK MESYUARAT CMI

 

JUMAAT, 26 MEI 2017 – Setiap tahun menjelang ramadhan, CMI dengan kerjasama Kelab Rekreasi & Kebajikan CMI akan menganjurkan satu majlis bacaan yasin dan tahlil sempena ramadhan. Majlis yang bertujuan untuk meraikan kedatangan ramadhan yang mulia. Kakitangan dari Rumah Media Melaka & Restoran Melayu Melaka turut dijemput untuk hadir bersama-sama dalam program bacaan yasin ini. Pada akhir majlis, tetamu kemudiannya dijemput untuk menjamu selera.


20 Mei 2017


:

 

Tempat:

MASJID BARU BATANG TIGA

 

SABTU, 20 MEI 2017 – Satu majlis penyerahan sumbangan berupa barangan perabot telah diadakan di masjid baru Batang Tiga. Dalam majlis tersebut, Pengurus Besar CMI, En. Ab Rahman bin Ismail telah menyampaikan sendiri kepada pihak masjid sambil diiringi oleh En. Bakhtiar Zainal. Semoga dengan sumbangan perabot ini dapat memberikan manfaat kepada jemaah masjid baru ini nanti. Semoga segala usaha dan rezeki CMI akan sentiasa dipermudahkan agar kerja-kerja kebajikan dapat dilakukan setiap tahun.


28 Apr 2017


:

 

Tempat:

BILIK MESYUARAT CMI

JUMAAT, 28 APRIL 2017 – Satu majlis perpisahan telah diadakan sempena meraikan Pn. Maizatulhajah binti Zainal Abidin yang menamatkan perkhidmatan beliau yang telah berkhidmat selama 10 tahun di Perbadanan Ketua Menteri Melaka, Jabatan Ketua Menteri Melaka. Majlis ini juga bertujuan mengenang dan menghargai jasa bakti dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di CMI. Dalam majlis yang diadakan Pengurus Besar CMI, En. Ab Rahman bin Ismail turut menyampaikan cenderahati kepada Pn. Maizatulhajah. Pihak CMI mengucapkan selamat maju jaya dan semoga berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi selepas ini. Majlis turut meraikan harijadi kakitangan CMI bagi bulan Januari 2017 hingga Jun 2017. Kelab Rekreasi & Kebajikan CMI turut menyampaikan sumbangan kepada ahli kelab yang disampaikan sendiri oleh En. Ab Rahman. Pihak CMI turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada En. Ab Rahman yang telah berkhidmat selama 3 tahun dan telah membawa CMI ke tahap pencapaian yang membanggakan.


25 Apr 2017


:

 

Tempat:

BILIK MESYUARAT CMI

SELASA, 25 APRIL 2017 – Satu program JOM BACA BERSAMA 10 MINIT telah dianjurkan oleh PERPUSTAM dengan kerjasama Jabatan Ketua Menteri Melaka. Program yang dianjurkan bertujuan untuk memupuk minat membaca dikalangan penjawat awam khususnya telah dilancarkan secara serentak di seluruh negeri Melaka. Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama dalam program ini telah mengadakan sesi tersebut yang diketuai oleh Pengurus Besar CMI, En. Ab Rahman bin Ismail bersama kakitangan CMI di Bilik Mesyuarat CMI. 


10 Mac 2017


:

 

Tempat:

PANGGUNG BANGSAWAN MELAKA

JUMAAT, 10 & 11 MAC 2017 – Satu persembahan Wayang Kulit & Dikir Barat telah diadakan di Panggung Bangsawan Melaka. Sebuah kumpulan yang dikenali Sri Campuran  telah dijemput untuk membuat persembahan. Kumpulan ini dikatakan unik kerana anggotanya yang berbilang kaum dan yang lebih unik lagi Tok Dalang nya merupakan seorang cina yang fasih berbahasa Kelantan. Gaya lengok bahasa Kelantan yang telah diringankan untuk memudahkan pemahaman dan jalan penceritaan yang diselitkan unsur-unsur humor telah menambat hati para pengunjung. Dikir Barat telah sinonim dalam budaya masyarakat di Malaysia dimana ianya turut dipersembahkan di dalam rancangan tv. Artis terkenal tanahair, Sabri Yunos telah diundang sebagai Tukang Karut untuk membuat persembahan Dikir Barat. Dibantu oleh artis daripada Akademi Arjuna Sukma, Briged Seni Melaka  dan artis Istana Budaya telah berjaya menampilkan persembahan yang penuh bertenaga dan seronok ditonton. Dalam persembahan itu, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YAB Ketua Menteri Melaka turut hadir sama bagi menonton persembahan dan melahirkan rasa gembira kerana perkembangan seni budaya mula berkembang rancak dengan adanya program-program persembahan seperti Wayang Kulit & Dikir Barat di Panggung Bangsawan Melaka. YAB Ketua Menteri juga mengalakkan persembahan kebudayaan dari negeri-negeri lain untuk membuat persembahan di Melaka khususnya di Panggung Bangsawan Melaka.


28 Feb 2017


:

Tempat:

PANGGUNG BANGSAWAN MELAKA

SELASA, 28 FEBRUARI 2017 – Perbadanan Ketua Menteri Melaka telah menganjurkan satu teater muzikal Sita ♥ Rama dengan kerjasama Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara  Negeri Melaka. Teater yang diolah dari kisah percintaan diantara Sita & Rama yang mendapat halangan dari berbagai musuh. Kisah ini kemudiannya diolah semula supaya sesuai dengan norma dan budaya masyarakat tempatan. Elemen jenaka turut dimasukkan ke dalam penceritaan supaya menjadi lebih menarik dan membuat penonton tidak kering gusi semasa menyaksikan persembahan teater. Persembahan teater ini telah menarik seramai lebih kurang 300 orang penonton.


26 Jan 2017


:

Tempat:

MELAKA INTERNATIONAL BOWLING CENTER

KHAMIS, 26 JANUARI 2017 – Kelab Rekreasi & Kebajikan CMI telah menganjurkan satu pertandingan bowling peringkat CMI dimana pertandingan yang diadakan ini bertujuan mengeratkan silaturahim diantara staf CMI. Pertandingan yang mendapat penyertaan yang menggalakkan dari staf dan ahli keluarga staf CMI sendiri. Hadiah menarik telah ditawarkan dalam Kategori Lelaki yang dimenangi oleh Tempat Pertama Muhammad Hafeez bin Zainal, Tempat Kedua Mohd Nazri bin Sulaiman dan Tempat Ketiga Muhammad Hafizi bin Md Lazan. Manakala bagi Kategori Wanita pula dimenangi oleh Tempat Pertama Tan Lye Yen, Tempat Kedua Saliza binti Salleh dan Tempat Ketiga Rasidah binti Ayob. Bagi Kategori Jatuhan Pin Terbanyak dimenangi oleh Mohd Nazri bin Sulaiman. Hadiah pemenang disampaikan sendiri oleh Pengurus Besar CMI, En. Ab Rahman bin Ismail.


20 Jan 2017


:

Tempat:

PANGGUNG BANGSAWAN MELAKA

JUMAAT, 20 JANUARI 2017 – Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) telah menganjurkan satu persembahan Portuguese Cultural Night di Panggung Bangsawan Melaka (PBM). Persembahan yang bertujuan memperkenalkan budaya kaum etnik portugis di Melaka. Persembahan yang berlangsung selama hampir dua jam mendapat sokongan dan reaksi dari penonton yang terhibur dengan persembahan tersebut. Pelbagai lagu-lagu yang menjadi legasi dinyanyikan oleh artis terkenal dari masyarakat portugis itu sendiri.


18 Jan 2017


:

Tempat:

PEJABAT KETUA MENTERI MELAKA

RABU, 18 JANUARI 2017 – Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) akan menghasilkan cenderahati jonkong emas, syiling emas dan perak edisi terhad. Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron berkata, antara sasaran jualan cenderahati itu adalah kepada pelancong mewah yang merupakan lima hingga 10% melibatkan lebih 16 juta pelancong yang disasarkan tahun ini. Satu Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Mengeluarkan dan mengedar Jongkong Emas Komemoratif Melaka Bandaraya Bersejarah telah diadakan di Seri Negeri. Pada majlis itu, CMI diwakili oleh Pengurus Besarnya, En. Ab Rahman bin Ismail manakala Triplenine diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Rozaini Rosidin. Turut hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hj. Naim bin Abu Bakar dan Pengarah Urusan Triplenin, Datuk Leen Mustafa. Usahasama ini akan terjalin selama 10 tahun yang bertujuan mendidik masyarakat khususnya rakyat Melaka sendiri untuk menyimpan emas dan perak dengan cara yang menyeronokkan. Sebagai permulaan, produk emas gred 999.9 seberat 1gram berkonsepkan Sungai Melaka berharga antara RM220 hingga RM250(bergantung kepada harga pasaran emas) akan dijual mulai bulan depan. Ia disusuli cenderahati syiling emas gred 999.9 auns troy seberat 15.15 gram berkonsepkan Pahlawan Melaka edisi mewakili Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pada harga RM3,9999 setiap satu. Setiap produk ini hanya akan dikeluarkan sebanyak 999 unit sahaja.


1 Jan 2017


:

Tempat:

PEJABAT CMI MITC 

AHAD, 1 JANUARI 2017 – Selamat menyambut Tahun Baru 2017. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih diberikan peluang untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Semoga segala urusan kita dipermudahkan Allah S.W.T. In Shaa Allah.

 

2016

  


15 Dis 2016


:

Tempat:

PANGGUNG BANGSAWAN MELAKA

KHAMIS, 15 DIS 2016 - Sempena cuti sekolah pada penghujung tahun 2016, satu teater Nek Nab Ratu Kebaya telah dibawakan khas kepada para ibubapa untuk membawa anak-anak mereka menyaksikan persembahan teater. Persembahan yang bertemakan kanak-kanak dan alam fantasi dongeng berjaya mencuri gelak penonton terutama kanak-kanak yang teruja melihat Raja Katak, Ratu Ulat Bulu, Ratu Ikan Duyung dan Raja Labah-labah. Penceritaan teater yang berkisahkan Nek Nab yang kehilangan baju kebaya kegemarannya telah mengarahkan cucu-cucunya untuk mencari siapa yang mencuri dan mendapatkan semula baju tersebut. Pelbagai aksi menarik dan kelakar telah dipertontonkan disamping muzik dan tarian yang tidak membosankan.


2-4 Dis 2016


:

Tempat:

HOTEL ADYA LANGKAWI

JUMAAT, 2 DIS 2016 - Seperti tahun sebelumnya, CMI akan mengadakan aktiviti tahunan Family Day CMI. Kali ini ianya diadakan di Hotel Adya Langkawi. Tujuan aktiviti Family Day ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim di antara staf CMI serta ahli keluarga mereka untuk bersama-sama meluangkan masa bersama keluarga masing-masing. Aktiviti ini bermula dari 2 hingga 4 Disember 2016. Pada hari pertama, Majlis Jamuan Makan Malam telah diadakan di Hotel Adya. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi merancakkan perjalanan majlis makan malam seperti, karaoke, cabutan bertuah dan balut mumia. Keesokkan harinya rombongan CMI dibawa bersiar-siar di sekitar Pulau Langkawi dan juga berpeluang membeli belah coklat untuk dijadikan hadiah apabila pulang ke Melaka. Pada hari ketiga, aktiviti bebas diberikan kepada rombongan supaya mereka dapat berpeluang untuk melakukan sendiri aktiviti bersama keluarga masing-masing sebelum bertolak pulang ke Melaka.


24 Nov 2016


:

Tempat:

BILIK MESYUARAT CMI

KHAMIS, 24 NOV 2016 - Satu majlis perpisahan telah diadakan untuk meraikan Puan Nadiah binti Roslan yang akan berpindah ke Kementerian Kesihatan. Majlis yang bertujuan menghargai jasa dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di CMI. Semasa berkhidmat beliau merupakan seorang yang ceria dan rajin membantu staf dan pegawai lain yang memerlukan pertolongan dari beliau. Pihak CMI mengucapkan ribuan terima kasih dan semoga beliau akan maju dan terus berjaya di tempat yang baru.Dalam majlis itu, Pengurus Besar CMI, En. Ab Rahman telah menyampaikan hadiah kepada Puan Nadiah binti Roslan.


15 Nov 2016


:

Tempat:

PEJABAT YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA

SELASA, 15 NOV 2016 - Satu kunjung hormat telah dilakukan oleh Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) bersama Istana Budaya ke pejabat TYT dan mengadakan pertemuan dengan Tun bagi membincangkan persembahan wayang kulit yang akan dipersembahkan di Panggung Bangsawan Melaka yang dijangka akan dibuat pada tahun hadapan. Dalam pertemuan itu, TYT Tun melahirkan minat untuk menyaksikan persembahan tersebut yang dibawakan khas dari Kelantan. Istana Budaya turut mencadangkan persembahan dikir barat dalam persembahan wayang kulit tersebut. TYT Tun juga turut mempelawa CMI dan Istana Budaya untuk menyaksikan sendiri koleksi seni yang dimiliki oleh Tun. 


1 Okt 2016


:

Tempat:

PANGGUNG BANGSAWAN MELAKA

SABTU, 1 SEPT 2016 - Pementasan Teater Tun Mamat & Puteri Gunung Ledang yang dibuka kepada umum berjaya menarik ramai peminat teater di Negeri Melaka. Teater yang dibarisi oleh ramai pelakon terkenal tanahair seperti Dato Jalaluddin Hasan, Awie dan Vanida Imran berjaya mencuit hati para penonton dengan dialog dan lakonan mantap yang dipersembahkan oleh mereka. Berlatar belakang zaman pemerintahan Sultan Melaka pada zaman yang Hang Tuah dimana Sultan pada ketika ini sangat tertarik hati mendendengar kisah kejelitaan Puteri Gunung Ledang telah menghantar Hang Tuah untuk meminang tanpa menyedari bahawa semuanya adalah helah Tun Mamat untuk mengelakkan tunangnya diambil oleh Sultan Melaka  untuk dijadikan gundik.


30 Sep 2016


:

Tempat:

PANGGUNG BANGSAWAN MELAKA

JUMAAT, 30 OGOS 2016 -  Satu majlis perasmian telah diadakan dimana Yang Dipertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Mohd Khalil bin Yaakub telah dijemput untuk merasmikan pembukaan Panggung Bangsawan Melaka. Turut hadir memeriahkan majlis, YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Hj. Idris bin Haron dan barisan kepimpinan Negeri Melaka. Teater Tun Mamat dan Puteri Gunung Ledang juga turut dipentaskan pada majlis perasmian tersebut. Teater itu dipersembahkan selama 2 hari bermula dari 30 Sept 2016 hingga 1 Okt 2016 (Tayangan Umum).


2 Sept 2016


:

Tempat:

DATARAN RESTORAN MELAYU MELAKA

JUMAAT, 2 SEPTEMBER 2016 -  Sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka Tahun 2016, Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) telah ditugaskan bagi menganjurkan Pesta Makanan yang berlangsung dari 2 Sept - 6 Sept 2016. Pelbagai pengisian aktiviti turut dianjurkan antaranya Pertandingan Kolam dan Persembahan Kebudayaan Etnik India.

 

30 Aug 2016

:

Tempat:

ISTANA BUDAYA

SELASA, 30 OGOS 2016 -  Satu sidang akhbar telah diadakan di Istana Budaya bagi mempromosikan Teater Tun Mamat dan Puteri Gunung Ledang yang akan diadakan sempena perasmian Panggung Bangsawan Melaka. Pengurus Besar CMI, En. Ab Rahman bin Ismail turut hadir mempromosi dan memperkenal barisan pelakon terkenal tanahair yang bakal membarisi senarai pelakon teater antaranya Awie, Datuk Jalaluddin Hassan dan Vanida Imran.


26 Aug 2016


:

Tempat:

PANGGUNG BANGSAWAN MELAKA

JUMAAT, 26 OGOS 2016 -  Sempena bulan kemerdekaan, Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) telah menganjurkan sebuah teater The Lady Of Malaya bagi mengingati pejuang-pejuang kemerdekaan yang bergerak di belakang tabir untuk memerdekakan Malaya dari tangan penjajah. Inilah wira yang tidak didendang dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah melayu dari gengaman penjajah. Sesungguhnya pengorbanan dan jasa mereka adalah sangat besar walaupun mereka tidak dikenali ramai.


22 Aug 2016


:

Tempat:

DEWAN BISTARI AYER KEROH

ISNIN, 22 OGOS 2016 -  Sempena peperiksaan SPM yang bakal menjelang tidak lama lagi, Perbadanan Ketua Menteri Melaka telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu seminar Strike For A's SPM bagi calon-calon SPM dimana CMI telah menjemput penceramah motivasi terkemuka Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad bagi berkongsikan cara-cara pembelajaran dan cara untuk menangani tekanan semasa belajar. YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Hj. Idris bin Haron turut sama hadir memberikan motivasi kepada para pelajar. 


29 Jul 2016


:

Tempat:

BILIK MESYUARAT CMI

JUMAAT, 29 JULAI 2016 -  Ramadhan pergi Syawal Meniti. Satu majlis jamuan hari raya telah diadakan sempena bulan Syawal bagi meraikan semua kakitangan CMI. Majlis turut mengundang kakitangan dari Rumah Media Melaka dan Restoran Melayu Melaka untuk turut sama-sama menjamu selera disamping dapat mengeratkan silaturahim antara sesama kakitangan.


26 Jul 2016


:

Tempat:

BILIK MESYUARAT PKNM

SELASA, 26 JULAI 2016 -  Perbadanan Ketua Menteri Melaka telah menerima satu kunjung hormat dari delegasi Republik Czech. Pertemuan yang turut disertai oleh wakil dari PKNM turut mengadakan satu mesyuarat Business To Business antara Kerajaan Negeri Melaka dan Republik Czech bagi membincangkan peluang pelaburan dan pemasaran produk dari Republik Czech ke Negeri Melaka dan seterusnya ke seluruh Malaysia.


30 Jun 2016


:

Tempat:

PEJABAT CMI MITC

KHAMIS, 30 JUN 2016 -  Satu majlis penyampaian sumbangan sempena hari raya telah diadakan di pejabat CMI. Sumbangan disampaikan sendiri oleh Pengurus Besar CMI, En. Ab Rahman bin Ismail kepada semua kakitangan CMI. Sumbangan ini merupakan sumbangan dari Perbadanan Ketua Menteri Melaka dan Kelab Rekreasi dan Kebajikan CMI yang bertujuan membantu dan meringankan beban perbelanjaan sempena hari raya.


23 Jun 2016


:

Tempat:

HOTEL MAHKOTA MELAKA

KHAMIS, 23 JUN 2016 -  Satu majlis berbuka puasa telah dianjurkan oleh Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) bertempat di Hotel Mahkota Melaka. Majlis yang dihadiri oleh semua kakitangan CMI turut diserikan dengan kehadiran YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Hj. Naim bin Abu Bakar, YB Pegawai Undang-Undang Negeri, Tuan Ahmad Kamal Ariffin bin Ismail dan Timbalan Setiausaha Kerajaan - Pembangunan, YBhg. Datuk Hj. Ismail bin Haji Hamad.


10 Jun 2016


:

Tempat:

RESTORAN MELAYU MELAKA

JUMAAT, 10 JUN 2016 -  Sebagai salah satu tanggungjawab sosial dan korporat, CMI telah menjemput seramai 60 orang pelajar dari Pusat Bimbingan Al-Islah untuk mengadakan bacaan yasin dan tahlil di Restoran Melayu Melaka. Majlis yang bermula jam 6.30 petang dimulai dengan bacaan yasin dan tahlil serta solat maghrib. Seterusnya Pengurus Besar CMI, En Ab Rahman bin Ismail dijemput untuk menyampaikan duit raya kepada para pelajar dan sumbangan kepada wakil Pusat Bimbingan Al-Islah serta sesi bergambar. Para jemputan kemudiannya dijemput untuk menikmati hidangan berbuka puasa.


3 Jun 2016


:

Tempat:

BILIK MESYUARAT CMI

JUMAAT, 3 JUN 2016 -  Satu majlis bacaan yasin dan jamuan makan telah dianjurkan sempena menyambut ramadhan yang akan menjelang pada 6 Jun 2016. Majlis dimulai dengan bacaan yasin dan ceramah yang bertajuk “Ramadhan, Tetamu Yang Dirindui”. Kakitangan dari Rumah Media Melaka & Restoran Melayu Melaka turut dijemput untuk meramaikan majlis. Seterusnya semua hadirin dijemput menjamu selera dengan jamuan yang telah dihidangkan.


29 Mei 2016


:

Tempat:

PANGGUNG BANGSAWAN MELAKA

AHAD, 29 MEI 2016 -  Sempena ulangtahun UMNO ke-70, UMNO Bahagian Tangga Batu telah menganjurkan “Nostalgia Of P. Ramlee...A Musical Theatre”. Persembahan teater turut diserikan dengan kehadiran YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Haron dan isteri Datin Seri Datuk Wira Hjh. Fadilah binti Abdullah. Kehadiran tetamu VIP UMNO turut memeriahkan teater yang diadakan.


25 Mei 2016


:

Tempat:

MASJID AL AZIM MELAKA

RABU, 25 MEI 2016 -  Sebagai melaksanakan Tanggungjawab Sosial dan Korporat, CMI telah menaja seramai 100 orang pelajar sekolah ke Pameran Artifak Rasulullah dan para sahabat yang bertempat di Masjid Al Azim Melaka. Pameran yang bertujuan memberi pendedahan dan peluang kepada para pelajar untuk mengenali lebih rapat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dengan melihat tinggalan-tinggalan barang Baginda disamping mengenal para-para sahabat Nabi yang sama-sama berjuang menegakkan agama Islam. Seterusnya para pelajar dibawa menjamu selera di Restoran Melayu Melaka.


24 Mei 2016


:

Tempat:

RESTORAN MELAYU MELAKA

SELASA, 24 MEI 2016 -  Satu majlis jamuan makan penghargaan telah diadakan di Restoran Melayu Melaka. Majlis makan yang bertujuan untuk menghargai sumbangan dan jasa kepada kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah serta Pejabat Daerah dan Tanah Jasin sepanjang berurusan dengan CMI.


11 Mei 2016


:

Tempat:

PANGGUNG BANGSAWAN MELAKA & RESTORAN MELAYU MELAKA

RABU, 11 MEI 2016 -  Satu majlis jamuan makan penghargaan telah diadakan di Restoran Melayu Melaka. Majlis makan yang bertujuan untuk menghargai sumbangan dan jasa kepada kakitangan Pejabat Tanah Dan Galian serta Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah sepanjang berurusan dengan CMI. Selain itu satu temuramah RTM dengan Pengurus Besar CMI, En. Ab Rahman bin Ismail telah diadakan di Panggung Bangsawan Melaka. Temuramah yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai Panggung Bangsawan Melaka yang telah siap dibina dan juga kejayaan CMI menganjurkan aktiviti-aktiviti persembahan pada setiap bulan.


28 Apr 2016


:

Tempat:

PANGGUNG BANGSAWAN MELAKA

KHAMIS, 28 APRIL 2016 -  Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) Negeri Melaka telah dijemput untuk membuat persembahan muzikal teater yang bertajuk “NOSTALGIA OF P. RAMLEE...A MUSICAL THEATRE”. Persembahan ini bagi mengenang jasa Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam bidang perfileman melayu tanahair dimana sehingga ke hari ini tiada pengganti yang setanding Allahyarham.


27 Mac 2016


:

Tempat:

PANGGUNG BANGSAWAN MELAKA

JUMAAT & SABTU, 26 & 27 FEBRUARI 2016 -  Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) telah menganjurkan satu persembahan Baba & Nyonya Cultural Night Show. Bertempat di Panggung Bangsawan Melaka, persembahan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan mengenai budaya masyarakat Baba & Nyonya yang diamalkan sejak zaman dahulu lagi sejak kedatangan kaum cina ke Negeri Melaka menunjukkan bagaimana budaya masyarat kaum cina mengasimilasikan budaya melayu dalam adat dan budaya mereka sehingga mereka dikenali sebagai masyarakat Baba & Nyonya. Disamping mengamalkan budaya melayu, mereka turut mengamalkan budaya asal nenek moyang mereka contohnya majlis perkahwinan dimana ciri-ciri budaya asal masyarakat cina dapat dilihat dari segi pakaian dan adat minum teh pengantin.


25 Mac 2016


:

Tempat:

PANGGUNG BANGSAWAN MELAKA

JUMAAT, 25 MAC 2016 -  Satu persembahan Warna-Warni Melaka telah dianjurkan oleh Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI). Persembahan yang bertemakan budaya masyarakat majmuk di negeri Melaka. Antaranya budaya Melayu, Cina, India, dan Baba & Nyonya. Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara Negeri Melaka telah dijemput untuk mengadakan persembahan tersebut yang berlangsung selama 2 jam.


3 Mac 2016


:

Tempat:

BILIK MESYUARAT CMI

KHAMIS, 3 MAC 2016 -  Pertubuhan Keselamatan Sosial atau lebih dikenali sebagai PERKESO telah mengadakan satu taklimat mengenai perlindungan keselamatan sosial. Taklimat ini bertujuan untuk mendedahkan fungsi badan itu dalam melaksanakan atau menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan-peraturan (Am) Sosial Pekerja1971. Melalui Akta dan Peraturan, PERKESO memberi jaminan rawatan perubatan percuma, kemudahan pemulihan jasmani atau vokasional serta faedah kewangan kepada pekerja sekiranya mereka mengalami hilangupaya akibat dari kemalangan ataupun mengidap penyakit menyebabkan mereka kekurangan upaya untuk bekerja ataupun tidak upaya langsung untuk bekerja lagi. Sekiranya pekerja meninggal duniam orang tanggungan mereka diberi jaminan kewangan dengan menerima pencen bulanan bagi meneruskan kehidupan.


19 Feb 2016


:

Tempat:

BILIK MESYUARAT ISTANA BUDAYA

JUMAAT, 19 FEBRUARI 2016 -  Satu perbincangan telah diadakan di antara Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) dan Istana Budaya bagi membincangkan cadangan pengisian persembahan di Panggung Bangsawan Melaka yang melibatkan kerjasama di antara CMI dan juga Istana Budaya. Perbincangan ini dihadiri oleh Pengurus Besar CMI, En. Ab Rahman bin Ismail dan disertai bersama Pn. Juriati binti Jaafar dan juga Pn. Norhayati binti Hj. Nasir. Manakala wakil dari pihak Istana Budaya ialah Ketua Pengarah Istana Budaya,Dato' Mohamed Juhari Shaarani dan beberapa kakitangan Istana Budaya. Hasil dari perbincangan tersebut, pihak Istana Budaya bersetuju untuk mengadakan persembahan teater sempena perasmian pembukaan Panggung Bangsawan Melaka.


20 Jan 2016


:

Tempat:

PEJABAT KETUA MENTERI MELAKA

RABU, 20 JANUARI 2016 -  Satu majlis menandatangani perjanjian di antara CMI dan Syarikat Hean Yi Holdings Sdn. Bhd. telah berlangsung di pejabat Ketua Menteri Melaka. Majlis ini turut dihadiri dan disaksikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Haron dan juga Setiausaha Negeri Melaka, YB Datuk Wira Hj. Naim bin Abu Bakar.

2015


17 Nov 2015


:

Tempat:

PANGGUNG BANGSAWAN MELAKA 

SELASA, 17 & 18 NOVEMBER 2015 -  Konsert Orkestra Yayasan Saad Melaka telah diadakan di Panggung Bangsawan Melaka selama dua (2) hari. Orkestra Kolej Yayasan Saad Melaka merupakan Orkestra KYS yang ditubuhkan pada tahun 1998 merupakan lambang kecemerlangan Kolej Yayasan Saad. Hampir 60 orang pelajar berbakat dipilih menganggotai orkestra ini. Orkestra ini dipimpin oleh Cik Adrin Teo dan ini pernah membuat persembahan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Konsert ini juga menampilkan seorang artis dan komposer terkenal Jaafar Abdul Rahman Idris atau lebih dikenali sebagai Jari untuk membuat persembahan pembukaan. Kemuncak persembahan konsert tersebut adalah pada 18 November 2015 dimana ianya diserikan lagi dengan kehadiran YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Haron dan juga Pengasas Kolej Yayasan Saad iaitu Tan Sri Halim bin Saad.


23 Okt 2015


:

Tempat:

PANGGUNG BANGSAWAN MELAKA

JUMAAT, 23 OKTOBER 2015 -  Sempena dengan Pra Perasmian Panggung Bangsawan Melaka pada 23 Oktober 2015 oleh TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang Di Pertua Negeri Melaka, satu persembahan khas keroncong telah diadakan. Kumpulan yang dinamakan Keroncong Tugu Cafrinho ini telah dibawakan khas dari Jakarta, Indonesia. Ianya sembolik Perasmian Panggung Bangsawan Melaka yang telah dinaiktaraf  dan diberikan nafas baru tetapi masih lagi mengekalkan struktur asal yang menjadi salah satu mercu tanda di Melaka.


12 Okt 2015


:

Tempat:

BILIK MESYUARAT CMI

ISNIN, 12 OKTOBER 2015 -  Satu majlis meraikan Pn. Nur Huda binti Md Yunus yang telah berpindah ke Pejabat Tanah dan Daerah Melaka Tengah telah diadakan bagi menghargai jasa dan sumbangan beliau selama berkhidmat dengan CMI. Pengurus besar CMI, En. Ab Rahman bin Ismail telah menyampaikan cenderahati kepada Pn. Nur Huda sebagai penghargaan di atas sumbangan dan jasa beliau sepanjang berkhidmat di CMI. Selain itu, majlis turut meraikan ulang tahun kelahiran kakitangan CMI antaranya Pn. Susila, Pn. Maizatulhajah, En. Muhammad Ridzuan, Cik Nur Syuhadah, En. Mohd Nazri dan En. Mohd Arif Johan.


25 Sep 2015


:

Tempat:

PONDOK DARUL MUSTAQIM, KRUBONG 

JUMAAT, 25 SEPTEMBER 2015 -  Qurban telah disyari‘atkan pada tahun kedua hijrah sama seperti ibadah zakat dan sembahyang Hari Raya. Hikmah disyari‘atkan qurban ialah sebagai tanda bersyukur kepada Allah S.W.T di atas segala nikmatNya yang berbagai dan juga di atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun.Ia juga bertujuan menjadi kifarah bagi pelakunya, sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan ataupun dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan di samping memberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berqurban dan juga mereka yang lain. Bersempena dengan Hari Raya Aidiladha,Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) telah menjalankan ibadah qurban sebagai salah satu tanggungjawab Sosial dan Korporat (CSR). Majlis yang disertai oleh oleh kakitangan dari Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI), Pondok Darul Mustaqim, Restoran Melayu Melaka dan Rumah Media Melaka dimulai dengan penyembelihan dan melapah daging lembu korban. Seterusnya aktiviti memasak daging untuk dimakan dan edaran daging korban kepada fakir miskin yang tinggal di kawasan berhampiran Pondok Darul Mustaqim.


7 Aug 2015


:

Tempat:

PEJABAT CMI MITC

JUMAAT, 7 OGOS 2015 -  Sempena kedatangan syawal yang mulia, CMI meneruskan lagi tradisi jamuan raya seperti tahun-tahun sebelumnya. Kali ini, ianya diadakan bersekali dengan Majlis Perpisahan dua (2) orang kakitangan CMI iaitu En. Muhammad Nazrin bin Ali Rahim dan En. Muhammad Ridzuan bin Daud. Berbagai juadah kuih muih telah disediakan bersempena majlis tersebut. Majlis turut diserikan dengan tetamu undangan dari PKNM, Rumah Media Melaka, Tetuan Adillah A. Nordin, MICTH dan lain-lain rakan perniagaan CMI.


10 Jul 2015


:

Tempat:

RESTORAN MELAYU MELAKA

JUMAAT, 10 JULAI 2015 -  Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) telah menjalankan tanggungjawab Sosial dan Korporat (CSR) bersempena bulan Ramadhan 1436H. CMI  memberikan sumbangan berupa kain pelikat kepada  Bahagian Promosi Perlancongan. Selain itu, Pengurus Besar CMI, En. Ab Rahman bin Ismail telah mengagihkan sumbangan bubur lambuk di Restoran Melayu Melaka. Sebanyak 170 unit bubur lambuk telah berjaya diagihkan kepada orang ramai yang lalu lalang disekitar restoran tersebut.


22 Jun 2015


:

Tempat:

RESTORAN MELAYU MELAKA 

ISNIN, 22 JUN 2015 -  Tanggungjawab Sosial dan Korporat merupakan satu inisiatif yang  dilaksanakan oleh Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan. Bersempena dengan bulan Ramadhan Al Mubarak, CMI telah berbesar hati menaja majlis berbuka puasa bersama-sama pelajar dari Madrasah Hj. Abd. Ghani (Pusat Tahfiz Al-Quran) Kampung Serkam Timur. Majlis yang dimulakan dengan bacaan yasin dan tahlil ringkas seterusnya disusuli dengan majlis penyampaian sumbangan oleh Pengurus Besar CMI iaitu En. Ab Rahman bin Ismail kepada pihak madrasah yang diwakili oleh Ustaz Arrifin dan juga sumbangan duit raya kepada pelajar tahfiz yang hadir dalam majlis tersebut. Selepas solat maghrib, kesemua pelajar dan mudir  menjamu juadah berbuka puasa yang telah disediakan dan majlis bersurai jam 8 malam.


4 Jun 2015


:

Tempat:

DEWAN SEMINAR RUMAH MEDIA MELAKA

KHAMIS, 4 JUN 2015 -  Kursus Blue Ocean Strategy telah dianjurkan oleh Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) bertempat di Dewan Seminar Rumah Media Melaka. Kursus yang berlangsung selama 2 hari bertujuan untuk mendedahkan kakitangan kerajaan dan anak syarikat tentang pentingnya membuat perancangan jangka masa panjang yang lebih efisyen, cekap, menjimatkan kos dan memberi impak yang besar kepada jabatan dan stakeholder. Seramai 30 orang peserta telah menyertai kursus ini yang telah disampaikan oleh penceramah iaitu Dr. Zainal Abdul Rani. Majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan telah dirasmikan oleh Pengurus Besar CMI iaitu En. Ab Rahman bin Ismail.


23 Apr 2015


:

Tempat:

PEJABAT CMI MITC

KHAMIS, 23 APRIL 2015 -  Program Jom Baca Bersama selama 10 minit telah dianjurkan oleh Perpustakaan Awam Negeri Melaka dan Jabatan Ketua Menteri Melaka. Program yang bertujuan untuk mengalakkan minat membaca di kalangan kakitangan Jabatan Ketua Menteri Melaka. Perbadanan Ketua Menteri Melaka tidak ketinggalan untuk sama-sama menjayakan program tersebut. Aktiviti yang diketuai oleh Pengurus Besar CMI iaitu En. Abd Rahman beserta kakitangan CMI dimulakan pada jam 10 pagi di bilik mesyuarat CMI.


17 Apr 2015


:

Tempat:

MELAKA INTERNATIONAL BOWLING CENTRE (MIBC)

JUMAAT, 17 APRIL 2015 – Satu pertandingan bowling tertutup telah dianjurkan oleh Kelab Rekreasi dan Kebajikan CMI bertempat di Melaka International Bowling Centre (MIBC). Pertandingan yang diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan semangat kesukanan antara ahli kelab yang melibatkan penyertaan staf CMI serta ahli keluarga staf. Seramai 38 orang dewasa dan 11 orang kanak terlibat dalam pertandingan tersebut. Bagi Kategori Lelaki, tempat pertama telah dimenangi oleh En. Mohd Ali diikuti En. Abd Rahim dan En. Ayub manakala bagi kategori wanita pula, tempat pertama dimenangi oleh Cik Yen, diikuti Pn. Siti Hajar dan Pn. Norhayati. Manakala hadiah saguhati dimenangi oleh, En. Hamime, En. Ridzuan, En. Feisol, Cik Nurraidah, Pn. Nurul dan Pn Saliza. Hadiah  telah disampaikan oleh Pengurus Besar CMI merangkap penaung kelab iaitu En. Abd Rahman bin Ismail.


14 Apr 2015


:

Tempat:

BILIK MESYUARAT CMI

Selasa, 14 April 2015 – Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk digambarkan bagi kakitangan CMI iaitu En. Mohd Idris bin Ab Kadir yang menamatkan hari akhirnya di Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) yang akan berpindah ke Unit Pentadbiran Jabatan Ketua Menteri Melaka. Beliau telah  berkhidmat sebagai Pembantu Operasi selama 8 tahun di CMI dan telah menunjukkan komitmen yang tinggi sewaktu bertugas di CMI. Perwatakan beliau yang bersahaja dan ringan tulang amat disenangi oleh rakan-rakan setugas. Dalam majlis tersebut, En. Mohd Idris menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada CMI yang telah memberi beliau peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman kerja. Sebagai menghargai jasa beliau, Kelab Rekreasi dan Kebajikan CMI telah memberikan cenderahati kepada beliau dan mendoakan semoga beliau terus berjaya walau dimana beliau berada. Selain itu sambutan harijadi kakitangan CMI turut diadakan pada hari yang sama. Antara pegawai yang diraikan ialah Pn. Norhayati binti Nasir, Pn. Saliza binti Salleh, Pn. Nurulhuda binti Md Yasin, Cik Tan Lye Yen, Cik Mahfuzah binti Md Ali dan En. Muhammad Nazrin bin Ali Rahim.


11 Feb 2015


:

Tempat:

PEJABAT CMI UTC MELAKA

RABU, 11 FEBRUARI 2015 - Program lawatan oleh Delegasi Asian Organization Supreme Audit Institutions (Asosai) ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka telah diadakan pada 11 Februari 2015 bersamaan hari Rabu. Pihak CMI diminta menghantar wakil sebagai salah satu jabatan kerajaan yang beroperasi di UTC pada hari tersebut. Antara staf CMI yang hadir ialah Pengurus Besar CMI En. Ab Rahman bin Ismail, En. Bakhtiar Zainal, Pn. Nazirah binti Talib,    Pn. Pn Saliza binti Salleh,     En. Hamime bin Rahim dan En. Mohd Nazri bin Sulaiman. Delegasi tiba di UTC dan diberi taklimat berkaitan fungsi UTC Melaka. Seterusnya delegasi dibawa melawat ke setiap aras UTC untuk meninjau sendiri bagi mendapatkan maklumat   berkaitan   peranan   setiap   agensi   kerajaan    yang    beroperasi    di  UTC. Pengurus Besar En. Ab Rahman memberikan maklumat berkaitan peranan dan fungsi CMI pada salah seorang delegasi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai CMI. Turut hadir YB Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Hj. Naim bin Abu Bakar ke pejabat CMI untuk meninjau sendiri lawatan yang telah diadakan.


1 Feb 2015


:

Tempat:

PULAU MELAKA

AHAD,  1 FEBRUARI 2015 – Majlis Penyerahan Kunci Kedai/Pejabat Zon B & C telah diadakan di Pulau Melaka dan sekaligus melambangkan kejayaan bagi CMI yang telah berjaya menyiapkan projek yang telah terbengkalai sejak 20 tahun lalu sehingga berjaya memperolehi Sijil Layak Menduduki. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri (Dr) Ir. Haji Idris bin Haron. Projek yang mempunyai 1,404 unit kedai/pejabat terbengkalai sejak 1995 dan Kerajaan Negeri Melaka melalui Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) telah dilantik sebagai pemaju baru dan Kejuruteraan Asas Jaya Sendirian Berhad (KAJSB) di lantik sebagai kontrak bagi memulihkan semula projek berkenaan dengan jumlah peruntukan  sebanyak RM64.4juta. Salah seorang penerima kunci pada majlis melahirkan kesyukuran kerana pihak CMI berjaya menyiapkan projek berkenaan setelah menunggu hampir 20 tahun untuk mendapatkan kunci kedai tersebut. Majlis penyerahan kunci turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat yang lain seperti Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Hj. Naim bin Abu Bakar, Exco Pengangkutan dan Pemulihan Projek, Datuk Lim Ban Hong, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Ar. Ismail Othman, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Mohd. Zin bin Mansor, Pengurus Besar CMI, En. Ab Rahman bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif KAJSB, Datuk Michelle Ong dan Pengarah KAJSB Datuk M. Yahya bin A. Hamid.


9 Jan 2015


:

Tempat:

PEJABAT CMI, MITC 

JUMAAT, 9 JANUARI 2015 – Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk digambarkan bagi kakitangan CMI iaitu Cik Siti Nurshazilah binti Abd Rasip yang menamatkan hari akhirnya di Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI). Beliau berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir  selama 2 tahun di CMI. Beliau telah menunjukkan komitmen yang tinggi sewaktu bertugas di CMI dan perwatakan beliau turut yang disenangi oleh rakan – rakan setugas. Dalam majlis tersebut, Cik Siti menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada CMI yang telah memberi beliau peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman kerja. Sebagai menghargai jasa beliau, Kelab Rekreasi dan Kebajikan CMI telah memberikan cenderahati kepada beliau dan mendoakan semoga beliau terus berjaya walau dimana beliau berada. Pengurus Besar CMI, En. Ab Rahman menyampaikan sendiri cenderahati kepada beliau. Selain itu sambutan harijadi kakitangan CMI turut diadakan pada hari yang sama. Antara pegawai yang diraikan ialah Pn. Norhayati binti Nasir, Cik Siti Nurshazilah binti Abd Rasip, Pn. Nurhuda binti Yunus dan Cik Nurraidah binti Anuar.


8 Jan 2015


:

Tempat:

BILIK MESYUARAT KESIDANG PKNM

KHAMIS,  8 JANUARI 2015 –  Delegasi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengadakan lawatan ke pejabat CMI  bagi membincangkan perkara berkaitan cadangan untuk membina dan menyiapkan Pusat Latihan Percukaian  LHDN di Negeri Melaka.  Delegasi LHDN diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LHDN, Tan Sri Datuk Wira Dr. Hj. Mohd Shukor bin Hj. Mahfar, Timbalan CEO LHDN, Hj. Azhar bin Sulaiman, Pengarah Akademi Percukaian Malaysia, Hj. Abdul Khalid bin Yunus, Pengarah Bahagian Pembangunan dan Fasiliti, Mohd Fuad Ayob dan Pendaftar Akademi Percukaian KPP Bahagian Pembangunan, Ir. Hj. Hasni bin Hashim. Perbincangan   berlangsung selama 2 jam dengan taklimat antara kedua-dua belah pihak. Pengurus Besar CMI En. Ab Rahman kemudiannya menyampaikan cenderahati kepada Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Tan Sri Datuk Wira Dr. Hj. Mohd Shukor bin Hj. Mahfar setelah perbincangan berakhir.


7 Jan 2015


:

Tempat:

PEJABAT CMI MITC 

KHAMIS, 7 JANUARI 2015 – Disember 2014 menyaksikan tragedi yang mendukacita dan mengemparkan rakyat Malaysia dimana beberapa negeri di Pantai Timur Malaysia telah dilanda bencana banjir yang teruk terutamanya di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah yang mengakibatkan kemusnahan harta benda yang teruk. Atas  rasa tanggungjawab dan simpati sebagai rakyat Malaysia, Pengurus Besar CMI iaitu En. Ab Rahman bin Ismail telah mengambil inisiatif dengan mengadakan aktiviti pengumpulan barang-barang terpakai dan baru seperti pakaian, makanan, dan keperluan harian untuk disumbangkan kepada mangsa banjir. Program ini turut melibatkan kesemua kakitangan CMI yang turut serta menyumbang untuk mangsa banjir Pantai Timur. Hasil usaha CMI beserta kakitangan berjaya mengumpul barangan berupa pakaian solat lelaki dan wanita, pakaian lelaki dan perempuan, pampers bayi, dab makanan seperti bihun, biskut, sardin, susu tepung, gula, susu bayi dan air mineral untuk disumbangkan. Barang-barang itu tersebut kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk diagihkan kepada mangsa - mangsa banjir.

 

2014


20 Nov 2014
:

Tempat:

DEWAN SEMINAR, RUMAH MEDIA MELAKA

Khamis, 20 November 2014 - Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) telah menganjurkan satu kursus yang bertajuk Kursus Pemahaman dan Pelaksanaan Tatacara Urus Tadbir Korporat (Corporate Governance) Anak-Anak Syarikat Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) dan Agensi/Syarikat Berkaitan pada 20 & 21 November 2014 bertempat di Dewan Seminar, Rumah Media Melaka dengan kehadiran lebih 20 peserta terdiri daripada pelbagai jabatan kerajaan dan anak syarikat CMI. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan integriti kakitangan awam ke tahap yang lebih cemerlang terutama pegawai-pegawai dari anak-anak syarikat CMI amnya dan meningkatkan kesedaran pengurusan syarikat terhadap tugas, tanggungjawab, tadbir urus korporat yang baik dan cekap. Kursus tersebut telah berlangsung selama dua (2) hari dan dikendalikan oleh dua orang penceramah yang sangat berpengalaman iaitu Haji Abbas Nejamdeen dan Cik Suhara Mohamad Sidik. Majlis penutup telah dihadiri oleh YB Datuk M.S Mahadevan Sanacy, Exco Hal Ehwal Syarikat, NGO & Sumber Manusia. Beliau memuji langkah CMI yang telah menganjurkan kursus seperti ini dan berharap agar lebih banyak kursus seumpamanya akan dianjurkan pada masa hadapan. Pengurus Besar CMI En. Ab Rahman Ismail berkata, matlamat CMI adalah bertujuan mendidik penjawat awam mengenai pengurusan tadbir korporat menerusi modul-modul kursus yang diajarkan kepada peserta supaya dapat membantu sesebuah syarikat untuk beroperasi tanpa sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti gejala rasuah, penipuan korporat atau corporate fraud. Di akhir kursus YB Datuk Mahadevan menyampaikan sijil penyertaan kepada kesemua pesertayang telah menamatkan kursus tersebut.

19 Okt 2014
:

Tempat:

PEJABAT CMI UTC MELAKA

AHAD, 19 OKTOBER 2014 -  Program lawatan oleh Delegasi Commonwealth Association for Public Administration and Management (CAPAM) telah diadakan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka. Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) selaku satu jabatan yang beroperasi di UTC telah diwajibkan untuk hadir semasa lawatan delegasi tersebut. Antara staf CMI yang hadir ialah Pengurus Besar CMI En. Ab Rahman bin Ismail, En. Bakhtiar Zainal, Pn. Nazirah binti Talib, Pn. Norhani binti Kassim, En. Hamime bin Rahim dan En. Mohd Nazri bin Sulaiman. Delegasi tiba di UTC pada jam 8 malam dengan diiringi oleh Pegawai Kewangan Negeri Melaka, YB Datuk Mohd Zin Mansor. Seterusnya delegasi dibawa melawat sekitar UTC dan setiap tingkat dimana jabatan - jabatan kerajaan beroperasi.  En. Ab Rahman selaku Pengurus Besar CMI telah memberi penerangan  berkenaan peranan dan fungsi CMI serta menerangkan projek yang sedang dilaksanakan di terutama di Pulau Melaka. Delegasi kemudiannya dibawa melawat ke jabatan lain yang beroperasi di tingkat yang sama.

7 Okt 2014
:

Tempat:

PUSAT TAHFIZ PERSATUAN KITAB TURATH BATU GAJAH, MERLIMAU, MELAKA

SELASA, 7 OKTOBER 2014 - Program ibadah qurban sempena Hari Raya Aidiladha telah dianjurkan oleh CMI bertempat di Pusat Tahfiz Persatuan Kitab Thurat Batu Gajah, Merlimau, Melaka. Program ini merupakan salah satu program di bawah Tanggungjawab Sosial dan Korporat (CSR) CMI kepada masyarakat.  Aktiviti yang disertai oleh pegawai dan kakitangan CMI serta tenaga pengajar dan murid-murid Persatuan Kitab Thurat Batu Gajah bermula dengan penyembelihan lembu serta kerja-kerja melapah daging dan pengagihan bahagian daging korban. Staf wanita CMI dan murid serta tenaga pengajar perempuan pula melakukan aktiviti persediaan memasak daging korban secara gotong royong antara kedua-dua belah pihak. Ustaz Fuad sempat memberikan sedikit nasihat dan panduan kepada kakitangan CMI berkaitan ilmu-ilmu agama. Setelah itu, semua tetamu dan hadirin telah dijemput untuk menjamu selera. Wakil dari CMI En. Bakhtiar Zainal mewakili Pengurus Besar CMI, En. Ab Rahman Ismail telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada Ustaz Fuad. Pada akhir majlis, sesi bergambar di antara kakitangan CMI dan murid-murid Persatuan Kitab Turath telah diadakan sebagai tanda kenangan bagi kedua-dua pihak.

27 Jun 2014
:

Tempat:

BILIK MESYUARAT CMI

MITC JUMAAT, 27 JUN 2014 – Majlis bacaan yasin dan doa selamat telah diadakan di pejabat Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI). Ianya diadakan sempena meraikan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak dan juga sambutan  hari jadi kakitangan CMI. Majlis ini telah dipimpin oleh Ustaz Muhamad Hidhir Bin Hamidon, Imam I Masjid Al-Alami, Ayer Keroh dan disertai oleh semua kakitangan CMI.

 

Sekitar sesi Pogram Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2022 & Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ahli Kelab Rekreasi & Kebajikan (KRKCMI) Januari hingga Jun.

Pogram Penyerahan Sumbangan Ulang Tahun Kelahiran disampaikan oleh Encik Masrul Faizal Bin Mohamad, Pengurus Besar CMI selaku Penaung Kelab KRKCMI.

X

Right Click

No right click