Penyewaan PBM

 

KADAR SEWAAN MENGIKUT JENIS PERSEMBAHAN

 1. Persembahan Bukan Amal

     a) Bump In / Latihan          RM3,500.00 / 8 jam

     b) Hari Persembahan        RM3,500.00 / 8 jam

     c) Deposit                          RM5,000.00

  

2) Persembahan Amal

    a) Bump In / Latihan           RM2,500.00 / 8 jam

    b) Hari Persembahan         RM2,500.00 / 8 jam

    c) Deposit                           RM2,500.00

  

TERMA & SYARAT PENGGUNAAN PBM

1. Pemilihan program pementasan berkonsepkan seni dan budaya;

2. Persembahan hendaklah mengikut jadual dan gerak kerja yang telah ditetapkan;

3. Peka terhadap sensitiviti keagamaan, perkauman dan ketenteraman awam di Malaysia;

4. Pemulangan Kadar Deposit adalah bergantung kepada tahap kerosakan dan kebersihan selepas penggunaan panggung;

5. Aspek keselamatan sepanjang program berlangsung adalah di bawah pengurusan pihak pemohon sepenuhnya.

6. Sebarang aktiviti jualan (cenderamata, makanan/minuman) sepanjang penggunaan panggung perlu mendapatkan kebenaran        daripada CMI;

7. Pemohon dikehendaki mengemukakan Surat Bukti yang sah bagi persembahan amal yang diadakan;

8. Sebarang bentuk bahan cetakan atau iklan persembahan hendaklah mengandungi logo rasmi PBM;

9. Pemohon perlu menyediakan pasukan teknikal sendiri bagi penggunaan sistem audio dan visual;

10. Sebarang aktiviti promosi dan jualan tiket perlu diuruskan sendiri oleh pihak pemohon; dan

11. CMI hanya menyediakan peralatan asas. Sebarang penambahan peralatan akan ditanggung oleh pemohon.