Soalan Lazim
- Apakah itu Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI)?
CMI Melaka ialah agensi kerajaan negeri yang ditubuhkan di bawah Enakmen 1993 bagi membantu anak syarikat kerajaan negeri dalam pengurusan dan nasihat kewangan. Kini, fungsinya turut merangkumi pengurusan hartanah pelaburan serta pelaksanaan dasar kerajaan negeri berkaitan hartanah.
2. Apakah tujuan utama laman web ini?
Laman web ini menyediakan maklumat korporat, perkhidmatan digital, dan berita terkini mengenai CMI Melaka kepada orang awam dan pihak berkepentingan.
3. Siapakah yang dibenarkan melayari dan menggunakan Portal CMI Melaka?
Portal CMI Melaka boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat.
4. Bagaimanakah cara untuk saya menghantar maklum balas kepada CMI Melaka?
Anda boleh mengisi borang di bahagian “Maklum Balas” dalam portal rasmi CMI Melaka. Segala maklum balas akan disalurkan kepada unit atau bahagian berkaitan untuk tindakan selanjutnya.
5. Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi CMI Melaka?
Perbadanan Ketua Menteri Melaka, Kompleks CMI,
Jalan Lingkaran MITC, Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh,
Melaka.
Tel : 06-2346617 (Pejabat AM)
Faks : 06-2324916