Aktiviti / Berita


2017


26 Nov 2017


:

 

Tempat:

RESTORAN MELAYU MELAKA

 

Makan! Makan! Mintak Makan!!!!


25 Nov 2017


:

 

Tempat:

RESTORAN MELAYU MELAKA

 

Makan! Makan! Mintak Makan!!!!


21 Nov 2017


:

 

Tempat:

RESTORAN MELAYU MELAKA

 

Makan! Makan! Mintak Makan!!!!


19 Nov 2017


:

 

Tempat:

DATARAN RESTORAN MELAYU MELAKA

 

AHAD, 19 NOVEMBER 2017 – Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) telah menganjurkan Fiesta Makanan Malaysia dengan kerjasama NESTLE sebagai penaja utama bertempat di Dataran Restoran Melayu Melaka sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka Tahun 2017. CMI dengan kerjasama Nestle telah menganjurkan Demo Memasak Bersama Nestle yang dihoskan oleh Chef Muluk. Dalam demo ini Chef Muluk telah menunjukkan cara-cara penggunaan barang-barang produk Maggi bagaimana untuk memasak dengan menggunakan sukatan yang betul. Kemudiannya Pertandingan Maggi Mystery Box telah diadakan pada sebelah petang dimana para peserta dikehendaki memasak menggunakan bahan memasak dari kotak misteri yang disediakan. Pertandingan yang dijalankan mengambil masa selama 1 jam dimana kiteria memasak, bahan masakan dan dekorasi masakan diambil kira bagi menentukan pemenang.  Seterusnya pihak Nestle telah menganjurkan Nestle Icecream Eating Contest dimana para peserta perlu menghabiskan sebatang icecream dalam masa yang singkat. Bagi setiap kategori, pemenang tempat pertama akan memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM300, RM200 kedua dan RM100 ketiga. Hadiah pemenang telah disampaikan sendiri oleh Pengurus Besar CMI, Datuk Ab Rahman bin Ismail yang berbesar hati untuk hadir ke aktiviti yang telah dianjurkan.


18 Nov 2017


:

 

Tempat:

DATARAN RESTORAN MELAYU MELAKA

 

JUMAAT & SABTU, 20 & 21 OKTOBER 2017 – Satu pementasan teater Tun Fatimah telah diadakan di Panggung Bangsawan Melaka. Antara artis hebat tanahair yang terlibat dalam pementasan ini adalah Maya Karin, Remy Ishak, Hasraf Muslim, Ebby Yus & Isma Halil Hamzah. Teater ini telah diadakan dengan kerjasama Istana Budaya. Teater Tun Fatimah merupakan satu cerita hikayat di mana keluarga Tun Fatimah (Maya Karin) telah dihukum bunuh oleh Sultan Melaka (Remy Ishak) akibat dari dendam dan fitnah dari Raja Mendeliar kepada Datuk Bendahara yang merupakan ayahanda kepada Tun Fatimah. Kerana tidak berpuas hati dan dendam kepada Raja Mendeliar, Tun Fatimah serta dayang-dayangnya telah melancarkan serangan dan menangkap Raja Mendeliar dan membawanya menghadap Sultan Melaka bagi membuktikan keluarganya tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah Raja Mendeliar. Sultan Melaka merasa malu dan menyesal akan kesilapannya yang terburu-buru menghukum bunuh seluruh keluarga Tun Fatimah selepas terpedaya dengan kata-kata Raja Mendeliar. Pementasan ini juga diserikan lagi dengan kehadiran TYT Gabenor Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob dan YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron.Para Hadirin turut meraikan sambutan harijadi TYT Gabenor Negeri Melaka yang ke 79.


20 Okt 2017


:

 

Tempat:

PANGGUNG BANGSAWAN MELAKA

 

JUMAAT & SABTU, 20 & 21 OKTOBER 2017 – Satu pementasan teater Tun Fatimah telah diadakan di Panggung Bangsawan Melaka. Antara artis hebat tanahair yang terlibat dalam pementasan ini adalah Maya Karin, Remy Ishak, Hasraf Muslim, Ebby Yus & Isma Halil Hamzah. Teater ini telah diadakan dengan kerjasama Istana Budaya. Teater Tun Fatimah merupakan satu cerita hikayat di mana keluarga Tun Fatimah (Maya Karin) telah dihukum bunuh oleh Sultan Melaka (Remy Ishak) akibat dari dendam dan fitnah dari Raja Mendeliar kepada Datuk Bendahara yang merupakan ayahanda kepada Tun Fatimah. Kerana tidak berpuas hati dan dendam kepada Raja Mendeliar, Tun Fatimah serta dayang-dayangnya telah melancarkan serangan dan menangkap Raja Mendeliar dan membawanya menghadap Sultan Melaka bagi membuktikan keluarganya tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah Raja Mendeliar. Sultan Melaka merasa malu dan menyesal akan kesilapannya yang terburu-buru menghukum bunuh seluruh keluarga Tun Fatimah selepas terpedaya dengan kata-kata Raja Mendeliar. Pementasan ini juga diserikan lagi dengan kehadiran TYT Gabenor Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob dan YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron.Para Hadirin turut meraikan sambutan harijadi TYT Gabenor Negeri Melaka yang ke 79.


12 Okt 2017


:

 

Tempat:

BILIK MESYUARAT CMI

 

KHAMIS, 12 OKTOBER 2017 – Satu majlis sambutan hari jadi bagi meraikan kakitangan CMI yang menyambut ulang tahun kelahiran bagi bulan Julai, Ogos, September 2017 telah diadakan oleh Kelab Rekreasi & Kebajikan CMI. Antara kakitangan yang diraikan ialah, Pn. Murni binti Jamaludin, En. Muhammad Ridzuan bin Daud, En. Muhammad Hafizi bin Md Lazan dan En. Mohd Arif Johan bin Mohamad Jamal. Pengurus Besar CMI, Datuk Ab Rahman bin Ismail selaku penaung Kelab Rekreasi & Kebajikan CMI telah menyampaikan hadiah harijadi kepada kakitangan terbabit. Sedikit jamuan makan turut diadakan bagi meraikan semua ahli kelab yang hadir pada majlis tersebut.


10 Okt 2017


:

 

Tempat:

LAMAN BUDAYA, ISTANA BUDAYA

 

SELASA, 10 OKTOBER 2017 – Satu Sneak Preview "Teater Tun Fatimah, Srikandi Empayar Melaka" telah diadakan di Laman Budaya Istana Budaya. Para pengamal media tempatan telah dijemput untuk menyaksikan sneak preview tersebut bagi tujuan mempromosikan teater tersebut ke peringkat yang lebih luas lagi. Para barisan artis yang menjayakan sneak preview tersebut ialah Maya Karin, Remy Ishak, Ebby Yus dan Isma Halil Hamzah. Turut memeriahkan sneak preview tersebut ialah kehadiran YBhg. Datuk Ab Rahman bin Ismail, Pengurus Besar CMI yang turut menyaksikan persembahan sneak preview tersebut dan juga Ketua Pengarah Istana Budaya, YBhg. Dato Mohamed Juhari Shaarani.


2 Sept 2017


:

 

Tempat:

MASJID AL-AMININ, BATANG TIGA MELAKA

 

SABTU, 2 SEPTEMBER 2017 – Seperti tahun-tahun sebelumnya, Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) telah menganjurkan satu program ibadah Qurban bagi tahun 2017. Program ini telah diadakan di Masjid Al-Aminin Batang Tiga Melaka. Seramai 11 orang kakitangan CMI telah terlibat dalam kerja-kerja melapah dan mengagihkan daging qurban. Turut serta dalam program ini adalah Pengurus Besar CMI, En. Ab Rahman bin Ismail yang turut sama untuk turun padang menjayakan program ibadah tersebut. Semoga niat ibadah qurban kali ini mendapat keberkatan dari Allah S.W.T dan akan berterusan pada masa-masa akan datang.


4 Ogos 2017


:

 

Tempat:

PANGGUNG BANGSAWAN MELAKA

 

JUMAAT, 4 OGOS 2017 – Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) dengan kerjasama Istana Budaya telah menganjurkan Konsert Gegar Pop Yeh Yeh selama 2 hari bermula dari 4 Ogos 2-07 hingga 5 Ogos 2017 bertempat di Panggung Bangsawan Melaka. Persembahan berjaya memukau semua hadirin yang meminati irama pop yeh yeh yang menampilkan artis-artis terkenal tanahair seperti A. Rahman Hassan, Jeffrydin, Maria Bachok, J. Sham, L. Ramli, A. Rozaini dan Aiman Tino. Turut menampilkan Ebby Yus dan Abon sebagai pengacara majlis. Konsert ini turut diserikan dengan kehadiran YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron dan isteri serta YB Setiausaha Kerajaan Negeri dan barisan EXCO dan Ketua Jabatan. Konsert ini merupakan julung-julung kali diadakan di Panggung Bangsawan Melaka yang sebelum ini banyak menampilkan persembahan teater.


21 Jul 2017


:

 

Tempat:

PERKARANGAN LOBI PKNM, MITC

 

JUMAAT, 21 JULAI 2017 – Sempena bulan Syawal yang akan berakhir tidak lama lagi, Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) dengan kerjasama Melaka ICT Holdings Sdn. Bhd. telah menganjurkan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2017 bertempat di Perkarangan Lobi PKNM, MITC. Semua ahli lembaga pengarah dan anak- yarikat milik CMI dan MICTH telah dijemput bagi memeriahkan majlis rumah terbuka yang telah diadakan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron bersama isteri serta YB Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Hj. Naim bin Abu Bakar. Persembahan busker turut menyerikan dan memeriahkan majlis rumah terbuka dengan lagu-lagu raya yang menusuk jiwa. Majlis berakhir jam 5.00 petang.


22 Jun 2017


:

 

Tempat:

KG. TERENTANG JASIN, MELAKA

 

KHAMIS, 22 JUN 2017 – Baru-baru ini viral mengenai kisah hidup En. Musa Maakip yang terpaksa berhenti kerja bagi menjaga anak-anaknya yang orang kurang upaya (OKU). Atas dasar prihatin dan kesedaran untuk membantu beliau, Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) telah mengambil inisiatif untuk membantu beliau dengan memberikan sumbangan berupa barangan keperluan asas dan sedikit wang tunai bagi menampung kehidupan beliau dan anak-anak. Turut hadir mengiringi En. Ab Rahman adalah wakil dari Kelab Rekreasi & Kebajikan CMI dan En. Ahmad Baharuddin yang merupakan JKKK Jasin. Semoga dengan sedikit sumbangan diharap dapat meringankan beban beliau untuk menjaga anak-anaknya. 


19 Jun 2017


:

 

Tempat:

RESTORAN MELAYU MELAKA

 

ISNIN, 19 JUN 2017 – Satu majlis penyerahan sumbangan duit raya kepada kakitangan Restoran Melayu Melaka telah diadakan di Restoran Melayu Melaka. Pengurus Besar CMI, En. Ab Rahman bin Ismail berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan duit raya kepada kakitangan restoran sebagai menghargai jasa dan sumbangan mereka selama berkhidmat di Restoran Melayu Melaka. Kemudian, En. Ab Rahman bin Ismail telah turun padang untuk bersama-sama dengan kakitangan CMI untuk mengedarkan bubur lambok di jalan raya berhadapan dengan restoran.


16 Jun 2017


:

 

Tempat:

HOTEL SWISS GARDEN MELAKA

 

JUMAAT, 16 JUN 2017 – Bagi meraikan staf, Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) telah menganjurkan satu majlis berbuka puasa di Hotel Swiss Garden Melaka. Majlis yang bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara staf dan juga ahli keluarga yang turut sama majlis yang diadakan. Turut hadir sama memeriahkan majlis tersebut ialah ahli lembaga pengarah CMI iaitu YB Datuk Tuan Ahmad Kamal Ariffin bin Ismail, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka dan juga YBhg. Datuk Hjh. Rusnani bte Latip, Timb. Setiausaha Kerajaan (Pembangunan). Majlis ini secara tidak langsung dapat merapatkan ukwah sesama staf dan juga antara ahli lembaga pengarah dengan Pengurus Besar CMI.


1 Jun 2017


:

 

Tempat:

RESTORAN MELAYU MELAKA

 

KHAMIS, 1 JUN 2017 – Bagi meraikan ramadhan yang mulia, CMI telah menganjurkan satu majlis bacaan yasin, doa selamat dan berbuka puasa bersama pelajar Madrasah Tahfiz Azzakirin di Restoran Melayu Melaka. Seramai 60 orang pelajar termasuk guru pengiring telah hadir dalam majlis tersebut. Majlis yang dimulakan dengan bacaan yasin dan doa selamat. Seterusnya penyampaian sumbangan duit raya kepada para pelajar dan guru pengiring sebagai tanda penghargaan atas kesudian untuk hadir ke majlis tersebut. Kemudian para pelajar dan guru dijemput untuk menjamu selera berbuka puasa selepas solat maghrib. Majlis bersurai jam 10.00 malam.


26 Mei 2017


:

 

Tempat:

BILIK MESYUARAT CMI

 

JUMAAT, 26 MEI 2017 – Setiap tahun menjelang ramadhan, CMI dengan kerjasama Kelab Rekreasi & Kebajikan CMI akan menganjurkan satu majlis bacaan yasin dan tahlil sempena ramadhan. Majlis yang bertujuan untuk meraikan kedatangan ramadhan yang mulia. Kakitangan dari Rumah Media Melaka & Restoran Melayu Melaka turut dijemput untuk hadir bersama-sama dalam program bacaan yasin ini. Pada akhir majlis, tetamu kemudiannya dijemput untuk menjamu selera.


20 Mei 2017


:

 

Tempat:

MASJID BARU BATANG TIGA

 

SABTU, 20 MEI 2017 – Satu majlis penyerahan sumbangan berupa barangan perabot telah diadakan di masjid baru Batang Tiga. Dalam majlis tersebut, Pengurus Besar CMI, En. Ab Rahman bin Ismail telah menyampaikan sendiri kepada pihak masjid sambil diiringi oleh En. Bakhtiar Zainal. Semoga dengan sumbangan perabot ini dapat memberikan manfaat kepada jemaah masjid baru ini nanti. Semoga segala usaha dan rezeki CMI akan sentiasa dipermudahkan agar kerja-kerja kebajikan dapat dilakukan setiap tahun.


28 Apr 2017


:

 

Tempat:

BILIK MESYUARAT CMI

JUMAAT, 28 APRIL 2017 – Satu majlis perpisahan telah diadakan sempena meraikan Pn. Maizatulhajah binti Zainal Abidin yang menamatkan perkhidmatan beliau yang telah berkhidmat selama 10 tahun di Perbadanan Ketua Menteri Melaka, Jabatan Ketua Menteri Melaka. Majlis ini juga bertujuan mengenang dan menghargai jasa bakti dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di CMI. Dalam majlis yang diadakan Pengurus Besar CMI, En. Ab Rahman bin Ismail turut menyampaikan cenderahati kepada Pn. Maizatulhajah. Pihak CMI mengucapkan selamat maju jaya dan semoga berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi selepas ini. Majlis turut meraikan harijadi kakitangan CMI bagi bulan Januari 2017 hingga Jun 2017. Kelab Rekreasi & Kebajikan CMI turut menyampaikan sumbangan kepada ahli kelab yang disampaikan sendiri oleh En. Ab Rahman. Pihak CMI turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada En. Ab Rahman yang telah berkhidmat selama 3 tahun dan telah membawa CMI ke tahap pencapaian yang membanggakan.


25 Apr 2017


:

 

Tempat:

BILIK MESYUARAT CMI

SELASA, 25 APRIL 2017 – Satu program JOM BACA BERSAMA 10 MINIT telah dianjurkan oleh PERPUSTAM dengan kerjasama Jabatan Ketua Menteri Melaka. Program yang dianjurkan bertujuan untuk memupuk minat membaca dikalangan penjawat awam khususnya telah dilancarkan secara serentak di seluruh negeri Melaka. Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama dalam program ini telah mengadakan sesi tersebut yang diketuai oleh Pengurus Besar CMI, En. Ab Rahman bin Ismail bersama kakitangan CMI di Bilik Mesyuarat CMI. 


10 Mac 2017


:

 

Tempat:

PANGGUNG BANGSAWAN MELAKA

JUMAAT, 10 & 11 MAC 2017 – Satu persembahan Wayang Kulit & Dikir Barat telah diadakan di Panggung Bangsawan Melaka. Sebuah kumpulan yang dikenali Sri Campuran  telah dijemput untuk membuat persembahan. Kumpulan ini dikatakan unik kerana anggotanya yang berbilang kaum dan yang lebih unik lagi Tok Dalang nya merupakan seorang cina yang fasih berbahasa Kelantan. Gaya lengok bahasa Kelantan yang telah diringankan untuk memudahkan pemahaman dan jalan penceritaan yang diselitkan unsur-unsur humor telah menambat hati para pengunjung. Dikir Barat telah sinonim dalam budaya masyarakat di Malaysia dimana ianya turut dipersembahkan di dalam rancangan tv. Artis terkenal tanahair, Sabri Yunos telah diundang sebagai Tukang Karut untuk membuat persembahan Dikir Barat. Dibantu oleh artis daripada Akademi Arjuna Sukma, Briged Seni Melaka  dan artis Istana Budaya telah berjaya menampilkan persembahan yang penuh bertenaga dan seronok ditonton. Dalam persembahan itu, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YAB Ketua Menteri Melaka turut hadir sama bagi menonton persembahan dan melahirkan rasa gembira kerana perkembangan seni budaya mula berkembang rancak dengan adanya program-program persembahan seperti Wayang Kulit & Dikir Barat di Panggung Bangsawan Melaka. YAB Ketua Menteri juga mengalakkan persembahan kebudayaan dari negeri-negeri lain untuk membuat persembahan di Melaka khususnya di Panggung Bangsawan Melaka.


28 Feb 2017


:

Tempat:

PANGGUNG BANGSAWAN MELAKA

SELASA, 28 FEBRUARI 2017 – Perbadanan Ketua Menteri Melaka telah menganjurkan satu teater muzikal Sita ♥ Rama dengan kerjasama Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara  Negeri Melaka. Teater yang diolah dari kisah percintaan diantara Sita & Rama yang mendapat halangan dari berbagai musuh. Kisah ini kemudiannya diolah semula supaya sesuai dengan norma dan budaya masyarakat tempatan. Elemen jenaka turut dimasukkan ke dalam penceritaan supaya menjadi lebih menarik dan membuat penonton tidak kering gusi semasa menyaksikan persembahan teater. Persembahan teater ini telah menarik seramai lebih kurang 300 orang penonton.


26 Jan 2017


:

Tempat:

MELAKA INTERNATIONAL BOWLING CENTER

KHAMIS, 26 JANUARI 2017 – Kelab Rekreasi & Kebajikan CMI telah menganjurkan satu pertandingan bowling peringkat CMI dimana pertandingan yang diadakan ini bertujuan mengeratkan silaturahim diantara staf CMI. Pertandingan yang mendapat penyertaan yang menggalakkan dari staf dan ahli keluarga staf CMI sendiri. Hadiah menarik telah ditawarkan dalam Kategori Lelaki yang dimenangi oleh Tempat Pertama Muhammad Hafeez bin Zainal, Tempat Kedua Mohd Nazri bin Sulaiman dan Tempat Ketiga Muhammad Hafizi bin Md Lazan. Manakala bagi Kategori Wanita pula dimenangi oleh Tempat Pertama Tan Lye Yen, Tempat Kedua Saliza binti Salleh dan Tempat Ketiga Rasidah binti Ayob. Bagi Kategori Jatuhan Pin Terbanyak dimenangi oleh Mohd Nazri bin Sulaiman. Hadiah pemenang disampaikan sendiri oleh Pengurus Besar CMI, En. Ab Rahman bin Ismail.


20 Jan 2017


:

Tempat:

PANGGUNG BANGSAWAN MELAKA

JUMAAT, 20 JANUARI 2017 – Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) telah menganjurkan satu persembahan Portuguese Cultural Night di Panggung Bangsawan Melaka (PBM). Persembahan yang bertujuan memperkenalkan budaya kaum etnik portugis di Melaka. Persembahan yang berlangsung selama hampir dua jam mendapat sokongan dan reaksi dari penonton yang terhibur dengan persembahan tersebut. Pelbagai lagu-lagu yang menjadi legasi dinyanyikan oleh artis terkenal dari masyarakat portugis itu sendiri.


18 Jan 2017


:

Tempat:

PEJABAT KETUA MENTERI MELAKA

RABU, 18 JANUARI 2017 – Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) akan menghasilkan cenderahati jonkong emas, syiling emas dan perak edisi terhad. Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron berkata, antara sasaran jualan cenderahati itu adalah kepada pelancong mewah yang merupakan lima hingga 10% melibatkan lebih 16 juta pelancong yang disasarkan tahun ini. Satu Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Mengeluarkan dan mengedar Jongkong Emas Komemoratif Melaka Bandaraya Bersejarah telah diadakan di Seri Negeri. Pada majlis itu, CMI diwakili oleh Pengurus Besarnya, En. Ab Rahman bin Ismail manakala Triplenine diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Rozaini Rosidin. Turut hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hj. Naim bin Abu Bakar dan Pengarah Urusan Triplenin, Datuk Leen Mustafa. Usahasama ini akan terjalin selama 10 tahun yang bertujuan mendidik masyarakat khususnya rakyat Melaka sendiri untuk menyimpan emas dan perak dengan cara yang menyeronokkan. Sebagai permulaan, produk emas gred 999.9 seberat 1gram berkonsepkan Sungai Melaka berharga antara RM220 hingga RM250(bergantung kepada harga pasaran emas) akan dijual mulai bulan depan. Ia disusuli cenderahati syiling emas gred 999.9 auns troy seberat 15.15 gram berkonsepkan Pahlawan Melaka edisi mewakili Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pada harga RM3,9999 setiap satu. Setiap produk ini hanya akan dikeluarkan sebanyak 999 unit sahaja.


1 Jan 2017


:

Tempat:

PEJABAT CMI MITC 

AHAD, 1 JANUARI 2017 – Selamat menyambut Tahun Baru 2017. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih diberikan peluang untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Semoga segala urusan kita dipermudahkan Allah S.W.T. In Shaa Allah.

 

2016

  


15 Dis 2016


:

Tempat:

PANGGUNG BANGSAWAN MELAKA

KHAMIS, 15 DIS 2016 - Sempena cuti sekolah pada penghujung tahun 2016, satu teater Nek Nab Ratu Kebaya telah dibawakan khas kepada para ibubapa untuk membawa anak-anak mereka menyaksikan persembahan teater. Persembahan yang bertemakan kanak-kanak dan alam fantasi dongeng berjaya mencuri gelak penonton terutama kanak-kanak yang teruja melihat Raja Katak, Ratu Ulat Bulu, Ratu Ikan Duyung dan Raja Labah-labah. Penceritaan teater yang berkisahkan Nek Nab yang kehilangan baju kebaya kegemarannya telah mengarahkan cucu-cucunya untuk mencari siapa yang mencuri dan mendapatkan semula baju tersebut. Pelbagai aksi menarik dan kelakar telah dipertontonkan disamping muzik dan tarian yang tidak membosankan.


2-4 Dis 2016


:

Tempat:

HOTEL ADYA LANGKAWI

JUMAAT, 2 DIS 2016 - Seperti tahun sebelumnya, CMI akan mengadakan aktiviti tahunan Family Day CMI. Kali ini ianya diadakan di Hotel Adya Langkawi. Tujuan aktiviti Family Day ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim di antara staf CMI serta ahli keluarga mereka untuk bersama-sama meluangkan masa bersama keluarga masing-masing. Aktiviti ini bermula dari 2 hingga 4 Disember 2016. Pada hari pertama, Majlis Jamuan Makan Malam telah diadakan di Hotel Adya. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi merancakkan perjalanan majlis makan malam seperti, karaoke, cabutan bertuah dan balut mumia. Keesokkan harinya rombongan CMI dibawa bersiar-siar di sekitar Pulau Langkawi dan juga berpeluang membeli belah coklat untuk dijadikan hadiah apabila pulang ke Melaka. Pada hari ketiga, aktiviti bebas diberikan kepada rombongan supaya mereka dapat berpeluang untuk melakukan sendiri aktiviti bersama keluarga masing-masing sebelum bertolak pulang ke Melaka.


24 Nov 2016


:

Tempat:

BILIK MESYUARAT CMI

KHAMIS, 24 NOV 2016 - Satu majlis perpisahan telah diadakan untuk meraikan Puan Nadiah binti Roslan yang akan berpindah ke Kementerian Kesihatan. Majlis yang bertujuan menghargai jasa dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di CMI. Semasa berkhidmat beliau merupakan seorang yang ceria dan rajin membantu staf dan pegawai lain yang memerlukan pertolongan dari beliau. Pihak CMI mengucapkan ribuan terima kasih dan semoga beliau akan maju dan terus berjaya di tempat yang baru.Dalam majlis itu, Pengurus Besar CMI, En. Ab Rahman telah menyampaikan hadiah kepada Puan Nadiah binti Roslan.


15 Nov 2016


:

Tempat:

PEJABAT YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA

SELASA, 15 NOV 2016 - Satu kunjung hormat telah dilakukan oleh Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) bersama Istana Budaya ke pejabat TYT dan mengadakan pertemuan dengan Tun bagi membincangkan persembahan wayang kulit yang akan dipersembahkan di Panggung Bangsawan Melaka yang dijangka akan dibuat pada tahun hadapan. Dalam pertemuan itu, TYT Tun melahirkan minat untuk menyaksikan persembahan tersebut yang dibawakan khas dari Kelantan. Istana Budaya turut mencadangkan persembahan dikir barat dalam persembahan wayang kulit tersebut. TYT Tun juga turut mempelawa CMI dan Istana Budaya untuk menyaksikan sendiri koleksi seni yang dimiliki oleh Tun. 


1 Okt 2016


:

Tempat:

PANGGUNG BANGSAWAN MELAKA

SABTU, 1 SEPT 2016 - Pementasan Teater Tun Mamat & Puteri Gunung Ledang yang dibuka kepada umum berjaya menarik ramai peminat teater di Negeri Melaka. Teater yang dibarisi oleh ramai pelakon terkenal tanahair seperti Dato Jalaluddin Hasan, Awie dan Vanida Imran berjaya mencuit hati para penonton dengan dialog dan lakonan mantap yang dipersembahkan oleh mereka. Berlatar belakang zaman pemerintahan Sultan Melaka pada zaman yang Hang Tuah dimana Sultan pada ketika ini sangat tertarik hati mendendengar kisah kejelitaan Puteri Gunung Ledang telah menghantar Hang Tuah untuk meminang tanpa menyedari bahawa semuanya adalah helah Tun Mamat untuk mengelakkan tunangnya diambil oleh Sultan Melaka  untuk dijadikan gundik.


30 Sep 2016


:

Tempat:

PANGGUNG BANGSAWAN MELAKA

JUMAAT, 30 OGOS 2016 -  Satu majlis perasmian telah diadakan dimana Yang Dipertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Mohd Khalil bin Yaakub telah dijemput untuk merasmikan pembukaan Panggung Bangsawan Melaka. Turut hadir memeriahkan majlis, YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Hj. Idris bin Haron dan barisan kepimpinan Negeri Melaka. Teater Tun Mamat dan Puteri Gunung Ledang juga turut dipentaskan pada majlis perasmian tersebut. Teater itu dipersembahkan selama 2 hari bermula dari 30 Sept 2016 hingga 1 Okt 2016 (Tayangan Umum).


2 Sept 2016


:

Tempat:

DATARAN RESTORAN MELAYU MELAKA

JUMAAT, 2 SEPTEMBER 2016 -  Sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka Tahun 2016, Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) telah ditugaskan bagi menganjurkan Pesta Makanan yang berlangsung dari 2 Sept - 6 Sept 2016. Pelbagai pengisian aktiviti turut dianjurkan antaranya Pertandingan Kolam dan Persembahan Kebudayaan Etnik India.

 

30 Aug 2016

:

Tempat:

ISTANA BUDAYA

SELASA, 30 OGOS 2016 -  Satu sidang akhbar telah diadakan di Istana Budaya bagi mempromosikan Teater Tun Mamat dan Puteri Gunung Ledang yang akan diadakan sempena perasmian Panggung Bangsawan Melaka. Pengurus Besar CMI, En. Ab Rahman bin Ismail turut hadir mempromosi dan memperkenal barisan pelakon terkenal tanahair yang bakal membarisi senarai pelakon teater antaranya Awie, Datuk Jalaluddin Hassan dan Vanida Imran.


26 Aug 2016


:

Tempat:

PANGGUNG BANGSAWAN MELAKA

JUMAAT, 26 OGOS 2016 -  Sempena bulan kemerdekaan, Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) telah menganjurkan sebuah teater The Lady Of Malaya bagi mengingati pejuang-pejuang kemerdekaan yang bergerak di belakang tabir untuk memerdekakan Malaya dari tangan penjajah. Inilah wira yang tidak didendang dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah melayu dari gengaman penjajah. Sesungguhnya pengorbanan dan jasa mereka adalah sangat besar walaupun mereka tidak dikenali ramai.


22 Aug 2016


:

Tempat:

DEWAN BISTARI AYER KEROH

ISNIN, 22 OGOS 2016 -  Sempena peperiksaan SPM yang bakal menjelang tidak lama lagi, Perbadanan Ketua Menteri Melaka telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu seminar Strike For A's SPM bagi calon-calon SPM dimana CMI telah menjemput penceramah motivasi terkemuka Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad bagi berkongsikan cara-cara pembelajaran dan cara untuk menangani tekanan semasa belajar. YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Hj. Idris bin Haron turut sama hadir memberikan motivasi kepada para pelajar. 


29 Jul 2016


:

Tempat:

BILIK MESYUARAT CMI

JUMAAT, 29 JULAI 2016 -  Ramadhan pergi Syawal Meniti. Satu majlis jamuan hari raya telah diadakan sempena bulan Syawal bagi meraikan semua kakitangan CMI. Majlis turut mengundang kakitangan dari Rumah Media Melaka dan Restoran Melayu Melaka untuk turut sama-sama menjamu selera disamping dapat mengeratkan silaturahim antara sesama kakitangan.


26 Jul 2016


:

Tempat:

BILIK MESYUARAT PKNM

SELASA, 26 JULAI 2016 -  Perbadanan Ketua Menteri Melaka telah menerima satu kunjung hormat dari delegasi Republik Czech. Pertemuan yang turut disertai oleh wakil dari PKNM turut mengadakan satu mesyuarat Business To Business antara Kerajaan Negeri Melaka dan Republik Czech bagi membincangkan peluang pelaburan dan pemasaran produk dari Republik Czech ke Negeri Melaka dan seterusnya ke seluruh Malaysia.


30 Jun 2016


:

Tempat:

PEJABAT CMI MITC

KHAMIS, 30 JUN 2016 -  Satu majlis penyampaian sumbangan sempena hari raya telah diadakan di pejabat CMI. Sumbangan disampaikan sendiri oleh Pengurus Besar CMI, En. Ab Rahman bin Ismail kepada semua kakitangan CMI. Sumbangan ini merupakan sumbangan dari Perbadanan Ketua Menteri Melaka dan Kelab Rekreasi dan Kebajikan CMI yang bertujuan membantu dan meringankan beban perbelanjaan sempena hari raya.


23 Jun 2016


:

Tempat:

HOTEL MAHKOTA MELAKA

KHAMIS, 23 JUN 2016 -  Satu majlis berbuka puasa telah dianjurkan oleh Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) bertempat di Hotel Mahkota Melaka. Majlis yang dihadiri oleh semua kakitangan CMI turut diserikan dengan kehadiran YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Hj. Naim bin Abu Bakar, YB Pegawai Undang-Undang Negeri, Tuan Ahmad Kamal Ariffin bin Ismail dan Timbalan Setiausaha Kerajaan - Pembangunan, YBhg. Datuk Hj. Ismail bin Haji Hamad.


10 Jun 2016


:

Tempat:

RESTORAN MELAYU MELAKA

JUMAAT, 10 JUN 2016 -  Sebagai salah satu tanggungjawab sosial dan korporat, CMI telah menjemput seramai 60 orang pelajar dari Pusat Bimbingan Al-Islah untuk mengadakan bacaan yasin dan tahlil di Restoran Melayu Melaka. Majlis yang bermula jam 6.30 petang dimulai dengan bacaan yasin dan tahlil serta solat maghrib. Seterusnya Pengurus Besar CMI, En Ab Rahman bin Ismail dijemput untuk menyampaikan duit raya kepada para pelajar dan sumbangan kepada wakil Pusat Bimbingan Al-Islah serta sesi bergambar. Para jemputan kemudiannya dijemput untuk menikmati hidangan berbuka puasa.


3 Jun 2016


:

Tempat:

BILIK MESYUARAT CMI

JUMAAT, 3 JUN 2016 -  Satu majlis bacaan yasin dan jamuan makan telah dianjurkan sempena menyambut ramadhan yang akan menjelang pada 6 Jun 2016. Majlis dimulai dengan bacaan yasin dan ceramah yang bertajuk “Ramadhan, Tetamu Yang Dirindui”. Kakitangan dari Rumah Media Melaka & Restoran Melayu Melaka turut dijemput untuk meramaikan majlis. Seterusnya semua hadirin dijemput menjamu selera dengan jamuan yang telah dihidangkan.


29 Mei 2016


:

Tempat:

PANGGUNG BANGSAWAN MELAKA

AHAD, 29 MEI 2016 -  Sempena ulangtahun UMNO ke-70, UMNO Bahagian Tangga Batu telah menganjurkan “Nostalgia Of P. Ramlee...A Musical Theatre”. Persembahan teater turut diserikan dengan kehadiran YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Haron dan isteri Datin Seri Datuk Wira Hjh. Fadilah binti Abdullah. Kehadiran tetamu VIP UMNO turut memeriahkan teater yang diadakan.


25 Mei 2016


:

Tempat:

MASJID AL AZIM MELAKA

RABU, 25 MEI 2016 -  Sebagai melaksanakan Tanggungjawab Sosial dan Korporat, CMI telah menaja seramai 100 orang pelajar sekolah ke Pameran Artifak Rasulullah dan para sahabat yang bertempat di Masjid Al Azim Melaka. Pameran yang bertujuan memberi pendedahan dan peluang kepada para pelajar untuk mengenali lebih rapat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dengan melihat tinggalan-tinggalan barang Baginda disamping mengenal para-para sahabat Nabi yang sama-sama berjuang menegakkan agama Islam. Seterusnya para pelajar dibawa menjamu selera di Restoran Melayu Melaka.


24 Mei 2016


:

Tempat:

RESTORAN MELAYU MELAKA

SELASA, 24 MEI 2016 -  Satu majlis jamuan makan penghargaan telah diadakan di Restoran Melayu Melaka. Majlis makan yang bertujuan untuk menghargai sumbangan dan jasa kepada kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah serta Pejabat Daerah dan Tanah Jasin sepanjang berurusan dengan CMI.


11 Mei 2016


:

Tempat:

PANGGUNG BANGSAWAN MELAKA & RESTORAN MELAYU MELAKA

RABU, 11 MEI 2016 -  Satu majlis jamuan makan penghargaan telah diadakan di Restoran Melayu Melaka. Majlis makan yang bertujuan untuk menghargai sumbangan dan jasa kepada kakitangan Pejabat Tanah Dan Galian serta Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah sepanjang berurusan dengan CMI. Selain itu satu temuramah RTM dengan Pengurus Besar CMI, En. Ab Rahman bin Ismail telah diadakan di Panggung Bangsawan Melaka. Temuramah yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai Panggung Bangsawan Melaka yang telah siap dibina dan juga kejayaan CMI menganjurkan aktiviti-aktiviti persembahan pada setiap bulan.


28 Apr 2016


:

Tempat:

PANGGUNG BANGSAWAN MELAKA

KHAMIS, 28 APRIL 2016 -  Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) Negeri Melaka telah dijemput untuk membuat persembahan muzikal teater yang bertajuk “NOSTALGIA OF P. RAMLEE...A MUSICAL THEATRE”. Persembahan ini bagi mengenang jasa Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam bidang perfileman melayu tanahair dimana sehingga ke hari ini tiada pengganti yang setanding Allahyarham.


27 Mac 2016


:

Tempat:

PANGGUNG BANGSAWAN MELAKA

JUMAAT & SABTU, 26 & 27 FEBRUARI 2016 -  Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) telah menganjurkan satu persembahan Baba & Nyonya Cultural Night Show. Bertempat di Panggung Bangsawan Melaka, persembahan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan mengenai budaya masyarakat Baba & Nyonya yang diamalkan sejak zaman dahulu lagi sejak kedatangan kaum cina ke Negeri Melaka menunjukkan bagaimana budaya masyarat kaum cina mengasimilasikan budaya melayu dalam adat dan budaya mereka sehingga mereka dikenali sebagai masyarakat Baba & Nyonya. Disamping mengamalkan budaya melayu, mereka turut mengamalkan budaya asal nenek moyang mereka contohnya majlis perkahwinan dimana ciri-ciri budaya asal masyarakat cina dapat dilihat dari segi pakaian dan adat minum teh pengantin.


25 Mac 2016


:

Tempat:

PANGGUNG BANGSAWAN MELAKA

JUMAAT, 25 MAC 2016 -  Satu persembahan Warna-Warni Melaka telah dianjurkan oleh Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI). Persembahan yang bertemakan budaya masyarakat majmuk di negeri Melaka. Antaranya budaya Melayu, Cina, India, dan Baba & Nyonya. Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara Negeri Melaka telah dijemput untuk mengadakan persembahan tersebut yang berlangsung selama 2 jam.


3 Mac 2016


:

Tempat:

BILIK MESYUARAT CMI

KHAMIS, 3 MAC 2016 -  Pertubuhan Keselamatan Sosial atau lebih dikenali sebagai PERKESO telah mengadakan satu taklimat mengenai perlindungan keselamatan sosial. Taklimat ini bertujuan untuk mendedahkan fungsi badan itu dalam melaksanakan atau menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan-peraturan (Am) Sosial Pekerja1971. Melalui Akta dan Peraturan, PERKESO memberi jaminan rawatan perubatan percuma, kemudahan pemulihan jasmani atau vokasional serta faedah kewangan kepada pekerja sekiranya mereka mengalami hilangupaya akibat dari kemalangan ataupun mengidap penyakit menyebabkan mereka kekurangan upaya untuk bekerja ataupun tidak upaya langsung untuk bekerja lagi. Sekiranya pekerja meninggal duniam orang tanggungan mereka diberi jaminan kewangan dengan menerima pencen bulanan bagi meneruskan kehidupan.


19 Feb 2016


:

Tempat:

BILIK MESYUARAT ISTANA BUDAYA

JUMAAT, 19 FEBRUARI 2016 -  Satu perbincangan telah diadakan di antara Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) dan Istana Budaya bagi membincangkan cadangan pengisian persembahan di Panggung Bangsawan Melaka yang melibatkan kerjasama di antara CMI dan juga Istana Budaya. Perbincangan ini dihadiri oleh Pengurus Besar CMI, En. Ab Rahman bin Ismail dan disertai bersama Pn. Juriati binti Jaafar dan juga Pn. Norhayati binti Hj. Nasir. Manakala wakil dari pihak Istana Budaya ialah Ketua Pengarah Istana Budaya,Dato' Mohamed Juhari Shaarani dan beberapa kakitangan Istana Budaya. Hasil dari perbincangan tersebut, pihak Istana Budaya bersetuju untuk mengadakan persembahan teater sempena perasmian pembukaan Panggung Bangsawan Melaka.


20 Jan 2016


:

Tempat:

PEJABAT KETUA MENTERI MELAKA

RABU, 20 JANUARI 2016 -  Satu majlis menandatangani perjanjian di antara CMI dan Syarikat Hean Yi Holdings Sdn. Bhd. telah berlangsung di pejabat Ketua Menteri Melaka. Majlis ini turut dihadiri dan disaksikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Haron dan juga Setiausaha Negeri Melaka, YB Datuk Wira Hj. Naim bin Abu Bakar.

2015


17 Nov 2015


:

Tempat:

PANGGUNG BANGSAWAN MELAKA 

SELASA, 17 & 18 NOVEMBER 2015 -  Konsert Orkestra Yayasan Saad Melaka telah diadakan di Panggung Bangsawan Melaka selama dua (2) hari. Orkestra Kolej Yayasan Saad Melaka merupakan Orkestra KYS yang ditubuhkan pada tahun 1998 merupakan lambang kecemerlangan Kolej Yayasan Saad. Hampir 60 orang pelajar berbakat dipilih menganggotai orkestra ini. Orkestra ini dipimpin oleh Cik Adrin Teo dan ini pernah membuat persembahan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Konsert ini juga menampilkan seorang artis dan komposer terkenal Jaafar Abdul Rahman Idris atau lebih dikenali sebagai Jari untuk membuat persembahan pembukaan. Kemuncak persembahan konsert tersebut adalah pada 18 November 2015 dimana ianya diserikan lagi dengan kehadiran YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Haron dan juga Pengasas Kolej Yayasan Saad iaitu Tan Sri Halim bin Saad.


23 Okt 2015


:

Tempat:

PANGGUNG BANGSAWAN MELAKA

JUMAAT, 23 OKTOBER 2015 -  Sempena dengan Pra Perasmian Panggung Bangsawan Melaka pada 23 Oktober 2015 oleh TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang Di Pertua Negeri Melaka, satu persembahan khas keroncong telah diadakan. Kumpulan yang dinamakan Keroncong Tugu Cafrinho ini telah dibawakan khas dari Jakarta, Indonesia. Ianya sembolik Perasmian Panggung Bangsawan Melaka yang telah dinaiktaraf  dan diberikan nafas baru tetapi masih lagi mengekalkan struktur asal yang menjadi salah satu mercu tanda di Melaka.


12 Okt 2015


:

Tempat:

BILIK MESYUARAT CMI

ISNIN, 12 OKTOBER 2015 -  Satu majlis meraikan Pn. Nur Huda binti Md Yunus yang telah berpindah ke Pejabat Tanah dan Daerah Melaka Tengah telah diadakan bagi menghargai jasa dan sumbangan beliau selama berkhidmat dengan CMI. Pengurus besar CMI, En. Ab Rahman bin Ismail telah menyampaikan cenderahati kepada Pn. Nur Huda sebagai penghargaan di atas sumbangan dan jasa beliau sepanjang berkhidmat di CMI. Selain itu, majlis turut meraikan ulang tahun kelahiran kakitangan CMI antaranya Pn. Susila, Pn. Maizatulhajah, En. Muhammad Ridzuan, Cik Nur Syuhadah, En. Mohd Nazri dan En. Mohd Arif Johan.


25 Sep 2015


:

Tempat:

PONDOK DARUL MUSTAQIM, KRUBONG 

JUMAAT, 25 SEPTEMBER 2015 -  Qurban telah disyari‘atkan pada tahun kedua hijrah sama seperti ibadah zakat dan sembahyang Hari Raya. Hikmah disyari‘atkan qurban ialah sebagai tanda bersyukur kepada Allah S.W.T di atas segala nikmatNya yang berbagai dan juga di atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun.Ia juga bertujuan menjadi kifarah bagi pelakunya, sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan ataupun dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan di samping memberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berqurban dan juga mereka yang lain. Bersempena dengan Hari Raya Aidiladha,Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) telah menjalankan ibadah qurban sebagai salah satu tanggungjawab Sosial dan Korporat (CSR). Majlis yang disertai oleh oleh kakitangan dari Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI), Pondok Darul Mustaqim, Restoran Melayu Melaka dan Rumah Media Melaka dimulai dengan penyembelihan dan melapah daging lembu korban. Seterusnya aktiviti memasak daging untuk dimakan dan edaran daging korban kepada fakir miskin yang tinggal di kawasan berhampiran Pondok Darul Mustaqim.


7 Aug 2015


:

Tempat:

PEJABAT CMI MITC

JUMAAT, 7 OGOS 2015 -  Sempena kedatangan syawal yang mulia, CMI meneruskan lagi tradisi jamuan raya seperti tahun-tahun sebelumnya. Kali ini, ianya diadakan bersekali dengan Majlis Perpisahan dua (2) orang kakitangan CMI iaitu En. Muhammad Nazrin bin Ali Rahim dan En. Muhammad Ridzuan bin Daud. Berbagai juadah kuih muih telah disediakan bersempena majlis tersebut. Majlis turut diserikan dengan tetamu undangan dari PKNM, Rumah Media Melaka, Tetuan Adillah A. Nordin, MICTH dan lain-lain rakan perniagaan CMI.


10 Jul 2015


:

Tempat:

RESTORAN MELAYU MELAKA

JUMAAT, 10 JULAI 2015 -  Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) telah menjalankan tanggungjawab Sosial dan Korporat (CSR) bersempena bulan Ramadhan 1436H. CMI  memberikan sumbangan berupa kain pelikat kepada  Bahagian Promosi Perlancongan. Selain itu, Pengurus Besar CMI, En. Ab Rahman bin Ismail telah mengagihkan sumbangan bubur lambuk di Restoran Melayu Melaka. Sebanyak 170 unit bubur lambuk telah berjaya diagihkan kepada orang ramai yang lalu lalang disekitar restoran tersebut.


22 Jun 2015


:

Tempat:

RESTORAN MELAYU MELAKA 

ISNIN, 22 JUN 2015 -  Tanggungjawab Sosial dan Korporat merupakan satu inisiatif yang  dilaksanakan oleh Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan. Bersempena dengan bulan Ramadhan Al Mubarak, CMI telah berbesar hati menaja majlis berbuka puasa bersama-sama pelajar dari Madrasah Hj. Abd. Ghani (Pusat Tahfiz Al-Quran) Kampung Serkam Timur. Majlis yang dimulakan dengan bacaan yasin dan tahlil ringkas seterusnya disusuli dengan majlis penyampaian sumbangan oleh Pengurus Besar CMI iaitu En. Ab Rahman bin Ismail kepada pihak madrasah yang diwakili oleh Ustaz Arrifin dan juga sumbangan duit raya kepada pelajar tahfiz yang hadir dalam majlis tersebut. Selepas solat maghrib, kesemua pelajar dan mudir  menjamu juadah berbuka puasa yang telah disediakan dan majlis bersurai jam 8 malam.


4 Jun 2015


:

Tempat:

DEWAN SEMINAR RUMAH MEDIA MELAKA

KHAMIS, 4 JUN 2015 -  Kursus Blue Ocean Strategy telah dianjurkan oleh Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) bertempat di Dewan Seminar Rumah Media Melaka. Kursus yang berlangsung selama 2 hari bertujuan untuk mendedahkan kakitangan kerajaan dan anak syarikat tentang pentingnya membuat perancangan jangka masa panjang yang lebih efisyen, cekap, menjimatkan kos dan memberi impak yang besar kepada jabatan dan stakeholder. Seramai 30 orang peserta telah menyertai kursus ini yang telah disampaikan oleh penceramah iaitu Dr. Zainal Abdul Rani. Majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan telah dirasmikan oleh Pengurus Besar CMI iaitu En. Ab Rahman bin Ismail.


23 Apr 2015


:

Tempat:

PEJABAT CMI MITC

KHAMIS, 23 APRIL 2015 -  Program Jom Baca Bersama selama 10 minit telah dianjurkan oleh Perpustakaan Awam Negeri Melaka dan Jabatan Ketua Menteri Melaka. Program yang bertujuan untuk mengalakkan minat membaca di kalangan kakitangan Jabatan Ketua Menteri Melaka. Perbadanan Ketua Menteri Melaka tidak ketinggalan untuk sama-sama menjayakan program tersebut. Aktiviti yang diketuai oleh Pengurus Besar CMI iaitu En. Abd Rahman beserta kakitangan CMI dimulakan pada jam 10 pagi di bilik mesyuarat CMI.


17 Apr 2015


:

Tempat:

MELAKA INTERNATIONAL BOWLING CENTRE (MIBC)

JUMAAT, 17 APRIL 2015 – Satu pertandingan bowling tertutup telah dianjurkan oleh Kelab Rekreasi dan Kebajikan CMI bertempat di Melaka International Bowling Centre (MIBC). Pertandingan yang diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan semangat kesukanan antara ahli kelab yang melibatkan penyertaan staf CMI serta ahli keluarga staf. Seramai 38 orang dewasa dan 11 orang kanak terlibat dalam pertandingan tersebut. Bagi Kategori Lelaki, tempat pertama telah dimenangi oleh En. Mohd Ali diikuti En. Abd Rahim dan En. Ayub manakala bagi kategori wanita pula, tempat pertama dimenangi oleh Cik Yen, diikuti Pn. Siti Hajar dan Pn. Norhayati. Manakala hadiah saguhati dimenangi oleh, En. Hamime, En. Ridzuan, En. Feisol, Cik Nurraidah, Pn. Nurul dan Pn Saliza. Hadiah  telah disampaikan oleh Pengurus Besar CMI merangkap penaung kelab iaitu En. Abd Rahman bin Ismail.


14 Apr 2015


:

Tempat:

BILIK MESYUARAT CMI

Selasa, 14 April 2015 – Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk digambarkan bagi kakitangan CMI iaitu En. Mohd Idris bin Ab Kadir yang menamatkan hari akhirnya di Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) yang akan berpindah ke Unit Pentadbiran Jabatan Ketua Menteri Melaka. Beliau telah  berkhidmat sebagai Pembantu Operasi selama 8 tahun di CMI dan telah menunjukkan komitmen yang tinggi sewaktu bertugas di CMI. Perwatakan beliau yang bersahaja dan ringan tulang amat disenangi oleh rakan-rakan setugas. Dalam majlis tersebut, En. Mohd Idris menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada CMI yang telah memberi beliau peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman kerja. Sebagai menghargai jasa beliau, Kelab Rekreasi dan Kebajikan CMI telah memberikan cenderahati kepada beliau dan mendoakan semoga beliau terus berjaya walau dimana beliau berada. Selain itu sambutan harijadi kakitangan CMI turut diadakan pada hari yang sama. Antara pegawai yang diraikan ialah Pn. Norhayati binti Nasir, Pn. Saliza binti Salleh, Pn. Nurulhuda binti Md Yasin, Cik Tan Lye Yen, Cik Mahfuzah binti Md Ali dan En. Muhammad Nazrin bin Ali Rahim.


11 Feb 2015


:

Tempat:

PEJABAT CMI UTC MELAKA

RABU, 11 FEBRUARI 2015 - Program lawatan oleh Delegasi Asian Organization Supreme Audit Institutions (Asosai) ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka telah diadakan pada 11 Februari 2015 bersamaan hari Rabu. Pihak CMI diminta menghantar wakil sebagai salah satu jabatan kerajaan yang beroperasi di UTC pada hari tersebut. Antara staf CMI yang hadir ialah Pengurus Besar CMI En. Ab Rahman bin Ismail, En. Bakhtiar Zainal, Pn. Nazirah binti Talib,    Pn. Pn Saliza binti Salleh,     En. Hamime bin Rahim dan En. Mohd Nazri bin Sulaiman. Delegasi tiba di UTC dan diberi taklimat berkaitan fungsi UTC Melaka. Seterusnya delegasi dibawa melawat ke setiap aras UTC untuk meninjau sendiri bagi mendapatkan maklumat   berkaitan   peranan   setiap   agensi   kerajaan    yang    beroperasi    di  UTC. Pengurus Besar En. Ab Rahman memberikan maklumat berkaitan peranan dan fungsi CMI pada salah seorang delegasi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai CMI. Turut hadir YB Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Hj. Naim bin Abu Bakar ke pejabat CMI untuk meninjau sendiri lawatan yang telah diadakan.


1 Feb 2015


:

Tempat:

PULAU MELAKA

AHAD,  1 FEBRUARI 2015 – Majlis Penyerahan Kunci Kedai/Pejabat Zon B & C telah diadakan di Pulau Melaka dan sekaligus melambangkan kejayaan bagi CMI yang telah berjaya menyiapkan projek yang telah terbengkalai sejak 20 tahun lalu sehingga berjaya memperolehi Sijil Layak Menduduki. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri (Dr) Ir. Haji Idris bin Haron. Projek yang mempunyai 1,404 unit kedai/pejabat terbengkalai sejak 1995 dan Kerajaan Negeri Melaka melalui Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) telah dilantik sebagai pemaju baru dan Kejuruteraan Asas Jaya Sendirian Berhad (KAJSB) di lantik sebagai kontrak bagi memulihkan semula projek berkenaan dengan jumlah peruntukan  sebanyak RM64.4juta. Salah seorang penerima kunci pada majlis melahirkan kesyukuran kerana pihak CMI berjaya menyiapkan projek berkenaan setelah menunggu hampir 20 tahun untuk mendapatkan kunci kedai tersebut. Majlis penyerahan kunci turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat yang lain seperti Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Hj. Naim bin Abu Bakar, Exco Pengangkutan dan Pemulihan Projek, Datuk Lim Ban Hong, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Ar. Ismail Othman, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Mohd. Zin bin Mansor, Pengurus Besar CMI, En. Ab Rahman bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif KAJSB, Datuk Michelle Ong dan Pengarah KAJSB Datuk M. Yahya bin A. Hamid.


9 Jan 2015


:

Tempat:

PEJABAT CMI, MITC 

JUMAAT, 9 JANUARI 2015 – Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk digambarkan bagi kakitangan CMI iaitu Cik Siti Nurshazilah binti Abd Rasip yang menamatkan hari akhirnya di Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI). Beliau berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir  selama 2 tahun di CMI. Beliau telah menunjukkan komitmen yang tinggi sewaktu bertugas di CMI dan perwatakan beliau turut yang disenangi oleh rakan – rakan setugas. Dalam majlis tersebut, Cik Siti menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada CMI yang telah memberi beliau peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman kerja. Sebagai menghargai jasa beliau, Kelab Rekreasi dan Kebajikan CMI telah memberikan cenderahati kepada beliau dan mendoakan semoga beliau terus berjaya walau dimana beliau berada. Pengurus Besar CMI, En. Ab Rahman menyampaikan sendiri cenderahati kepada beliau. Selain itu sambutan harijadi kakitangan CMI turut diadakan pada hari yang sama. Antara pegawai yang diraikan ialah Pn. Norhayati binti Nasir, Cik Siti Nurshazilah binti Abd Rasip, Pn. Nurhuda binti Yunus dan Cik Nurraidah binti Anuar.


8 Jan 2015


:

Tempat:

BILIK MESYUARAT KESIDANG PKNM

KHAMIS,  8 JANUARI 2015 –  Delegasi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengadakan lawatan ke pejabat CMI  bagi membincangkan perkara berkaitan cadangan untuk membina dan menyiapkan Pusat Latihan Percukaian  LHDN di Negeri Melaka.  Delegasi LHDN diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LHDN, Tan Sri Datuk Wira Dr. Hj. Mohd Shukor bin Hj. Mahfar, Timbalan CEO LHDN, Hj. Azhar bin Sulaiman, Pengarah Akademi Percukaian Malaysia, Hj. Abdul Khalid bin Yunus, Pengarah Bahagian Pembangunan dan Fasiliti, Mohd Fuad Ayob dan Pendaftar Akademi Percukaian KPP Bahagian Pembangunan, Ir. Hj. Hasni bin Hashim. Perbincangan   berlangsung selama 2 jam dengan taklimat antara kedua-dua belah pihak. Pengurus Besar CMI En. Ab Rahman kemudiannya menyampaikan cenderahati kepada Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Tan Sri Datuk Wira Dr. Hj. Mohd Shukor bin Hj. Mahfar setelah perbincangan berakhir.


7 Jan 2015


:

Tempat:

PEJABAT CMI MITC 

KHAMIS, 7 JANUARI 2015 – Disember 2014 menyaksikan tragedi yang mendukacita dan mengemparkan rakyat Malaysia dimana beberapa negeri di Pantai Timur Malaysia telah dilanda bencana banjir yang teruk terutamanya di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah yang mengakibatkan kemusnahan harta benda yang teruk. Atas  rasa tanggungjawab dan simpati sebagai rakyat Malaysia, Pengurus Besar CMI iaitu En. Ab Rahman bin Ismail telah mengambil inisiatif dengan mengadakan aktiviti pengumpulan barang-barang terpakai dan baru seperti pakaian, makanan, dan keperluan harian untuk disumbangkan kepada mangsa banjir. Program ini turut melibatkan kesemua kakitangan CMI yang turut serta menyumbang untuk mangsa banjir Pantai Timur. Hasil usaha CMI beserta kakitangan berjaya mengumpul barangan berupa pakaian solat lelaki dan wanita, pakaian lelaki dan perempuan, pampers bayi, dab makanan seperti bihun, biskut, sardin, susu tepung, gula, susu bayi dan air mineral untuk disumbangkan. Barang-barang itu tersebut kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk diagihkan kepada mangsa - mangsa banjir.

 

2014


20 Nov 2014
:

Tempat:

DEWAN SEMINAR, RUMAH MEDIA MELAKA

Khamis, 20 November 2014 - Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) telah menganjurkan satu kursus yang bertajuk Kursus Pemahaman dan Pelaksanaan Tatacara Urus Tadbir Korporat (Corporate Governance) Anak-Anak Syarikat Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) dan Agensi/Syarikat Berkaitan pada 20 & 21 November 2014 bertempat di Dewan Seminar, Rumah Media Melaka dengan kehadiran lebih 20 peserta terdiri daripada pelbagai jabatan kerajaan dan anak syarikat CMI. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan integriti kakitangan awam ke tahap yang lebih cemerlang terutama pegawai-pegawai dari anak-anak syarikat CMI amnya dan meningkatkan kesedaran pengurusan syarikat terhadap tugas, tanggungjawab, tadbir urus korporat yang baik dan cekap. Kursus tersebut telah berlangsung selama dua (2) hari dan dikendalikan oleh dua orang penceramah yang sangat berpengalaman iaitu Haji Abbas Nejamdeen dan Cik Suhara Mohamad Sidik. Majlis penutup telah dihadiri oleh YB Datuk M.S Mahadevan Sanacy, Exco Hal Ehwal Syarikat, NGO & Sumber Manusia. Beliau memuji langkah CMI yang telah menganjurkan kursus seperti ini dan berharap agar lebih banyak kursus seumpamanya akan dianjurkan pada masa hadapan. Pengurus Besar CMI En. Ab Rahman Ismail berkata, matlamat CMI adalah bertujuan mendidik penjawat awam mengenai pengurusan tadbir korporat menerusi modul-modul kursus yang diajarkan kepada peserta supaya dapat membantu sesebuah syarikat untuk beroperasi tanpa sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti gejala rasuah, penipuan korporat atau corporate fraud. Di akhir kursus YB Datuk Mahadevan menyampaikan sijil penyertaan kepada kesemua pesertayang telah menamatkan kursus tersebut.

19 Okt 2014
:

Tempat:

PEJABAT CMI UTC MELAKA

AHAD, 19 OKTOBER 2014 -  Program lawatan oleh Delegasi Commonwealth Association for Public Administration and Management (CAPAM) telah diadakan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka. Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) selaku satu jabatan yang beroperasi di UTC telah diwajibkan untuk hadir semasa lawatan delegasi tersebut. Antara staf CMI yang hadir ialah Pengurus Besar CMI En. Ab Rahman bin Ismail, En. Bakhtiar Zainal, Pn. Nazirah binti Talib, Pn. Norhani binti Kassim, En. Hamime bin Rahim dan En. Mohd Nazri bin Sulaiman. Delegasi tiba di UTC pada jam 8 malam dengan diiringi oleh Pegawai Kewangan Negeri Melaka, YB Datuk Mohd Zin Mansor. Seterusnya delegasi dibawa melawat sekitar UTC dan setiap tingkat dimana jabatan - jabatan kerajaan beroperasi.  En. Ab Rahman selaku Pengurus Besar CMI telah memberi penerangan  berkenaan peranan dan fungsi CMI serta menerangkan projek yang sedang dilaksanakan di terutama di Pulau Melaka. Delegasi kemudiannya dibawa melawat ke jabatan lain yang beroperasi di tingkat yang sama.

7 Okt 2014
:

Tempat:

PUSAT TAHFIZ PERSATUAN KITAB TURATH BATU GAJAH, MERLIMAU, MELAKA

SELASA, 7 OKTOBER 2014 - Program ibadah qurban sempena Hari Raya Aidiladha telah dianjurkan oleh CMI bertempat di Pusat Tahfiz Persatuan Kitab Thurat Batu Gajah, Merlimau, Melaka. Program ini merupakan salah satu program di bawah Tanggungjawab Sosial dan Korporat (CSR) CMI kepada masyarakat.  Aktiviti yang disertai oleh pegawai dan kakitangan CMI serta tenaga pengajar dan murid-murid Persatuan Kitab Thurat Batu Gajah bermula dengan penyembelihan lembu serta kerja-kerja melapah daging dan pengagihan bahagian daging korban. Staf wanita CMI dan murid serta tenaga pengajar perempuan pula melakukan aktiviti persediaan memasak daging korban secara gotong royong antara kedua-dua belah pihak. Ustaz Fuad sempat memberikan sedikit nasihat dan panduan kepada kakitangan CMI berkaitan ilmu-ilmu agama. Setelah itu, semua tetamu dan hadirin telah dijemput untuk menjamu selera. Wakil dari CMI En. Bakhtiar Zainal mewakili Pengurus Besar CMI, En. Ab Rahman Ismail telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada Ustaz Fuad. Pada akhir majlis, sesi bergambar di antara kakitangan CMI dan murid-murid Persatuan Kitab Turath telah diadakan sebagai tanda kenangan bagi kedua-dua pihak.

27 Jun 2014
:

Tempat:

BILIK MESYUARAT CMI

MITC JUMAAT, 27 JUN 2014 – Majlis bacaan yasin dan doa selamat telah diadakan di pejabat Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI). Ianya diadakan sempena meraikan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak dan juga sambutan  hari jadi kakitangan CMI. Majlis ini telah dipimpin oleh Ustaz Muhamad Hidhir Bin Hamidon, Imam I Masjid Al-Alami, Ayer Keroh dan disertai oleh semua kakitangan CMI.