SEJARAH JABATAN
PENGENALAN
Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) ditubuhkan di bawah Enakmen Ketua Menteri Melaka (Pemerbadanan) 1993. Penubuhan asalnya adalah bertujuan membantu anak-anak syarikat kerajaan negeri dan anak-anak syarikat agensi kerajaan Negeri Melaka dari segi pengurusan kewangan dan khidmat nasihat kewangan. Fungsi CMI kemudiannya telah ditambah kepada pengurusan harta iaitu mengurus hartanah pelaburan dan sebagai agensi pelaksana keputusan dasar Kerajaan Negeri yang melibatkan hartanah.
OBJEKTIF
- Mewujudkan ketelusan di dalam menyediakan laporan pengurusan dan kewangan supaya maklumat yang dilaporkan adalah benar.
- Menerapka akauntabiliti/ kebertanggungjawaban pihak pengurusan di dalam mentadbir organisasi supaya objektif penubuhan organisasi tercapai.
- Mengurus hartaa-harta Perbadanan Ketua Menteri Melaka secara efektif supaya pungutan hasil dimaklumkan.
- Melaksanakan projek penswastaan/ usahasama yang berpotensi supaya hasil dan ekonomi negeri dapat dipertingkatkan.
FUNGSI UTAMA
- Menguruskan dan mentadbir harta Perbadanan Ketua Menteri.
- Menguruskan permohonan tanah Kerajaan untuk dijadikan hakmilik Perbadanan Ketua Menteri.
- Menguruskan penyewaan/penjualan harta Perbadanan Ketua Menteri.
- Menguruskan pembelian hartanah untuk dijadikan hakmilik Perbadanan Ketua Menteri.
- Melaksanakan projek dibawah Jawatankuasa Penswastaan negeri.
- Melaksanakan urusan permohonan permit pengeluaran bahan batuan di tanah kerajaan.
- Menguruskan pengambilan balik tanah untuk pelaksanaan projek.
- Mengenalpasti projek pembangunan baru untuk dibangunkan di lokasi-lokasi yang strategik.
- Menguruskan penyelenggaraan bangunan baru untuk dibangunan di lokasi-lokasi yang strategik.
- Menguruskan penyelenggaraan bangunan hak milik Perbadanan Ketua Menteri.
- Memantau prestasi anak-anak syarikat dibawah Perbadanan Ketua Menteri.