1. Memastikan permohonan penyewaan hartanah diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh kelulusan Mesyuarat Pengurusan Perbadanan Ketua Menteri (CMI).
  2. Memastikan permohonan pembelian/ pajakan hartanah diproses dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja daripada tarikh kelulusan Mesyuarat Lembaga Perbadanan Ketua Menteri (CMI).
  3. Memastikan wang deposit sewa hartanah dikembalikan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh tuntutan lengkap dikemukakan kepada Unit Kewangan.
  4. Memastikan perjanjian ‘in-house’ disediakan dan disemak dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh penerimaan arahan berserta dokumen yang lengkap.
  5. Memastikan resit rasmi dikeluarkan pada hari yang sama berdasarkan maklumat lengkap diterima.

Untuk membolehkan Bahagian Perbadanan Ketua Menteri Melaka melaksanakan piagam pelanggan dengan berkesan , pelanggan hendaklah :

  1. Menyediakan dokumen yang lengkap dan tepat semasa berurusan .
  2. Menepati dan mematuhi syarat-syarat perjanjian yang ditetapkan
  3. Bersikap rasional semasa membuat aduan.